E-Learning (Interactive 3D Card)
06 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 05 Ogos yang lalu, telah dilakukan kelas E-Learning untuk membuat kad bersama bunga 3D yang disertai oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini menggunakan Youtube sebagai medium untuk memberikan informasi kepada peserta.
Kelas dilakukan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan yang berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 10 pagi. Kelas dimulakan dengan tayangan video tutorial di Youtube. Para peserta dibekalkan bersama kertas bersaiz A4 untuk membuat kad tersebut. Selepas tayangan selesai, para peserta mula menghasilkan kad mereka mengikut video tutorial yang dilihat. Melalui kelas ini, para peserta sedar akan kegunaan Youtube sebagai medium penyebaran maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: