Kisah Kejayaan

 



Amir Zakwan : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Amir Zakwan merupakan pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota. Beliau sering datang ke PEDi Kota Pekan untuk mengikuti kelas ICT yang dijalankan di sini. Jarak di antara rumah beliau dengan PEDi yang tidak berapa jauh membolehkan beliau sering menghadiri kelas di sini. Sepanjang mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet, kemahiran ICT dan menggunakan komputer beliau semakin meningkat. Beliau juga telah dapat menggunakan perisian Microsoft Office tanpa bantuan tenaga pengajar lagi.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________



Mohd Syafiq Bin Mazlan : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Mohd Syafiq Bin Mazlan merupakan pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota. Ibu mereka sering membawa mereka ke PEDi untuk menghadiri kelas ICT yang dijalankan di sini. Sebelum menghadiri kelas ICT, beliau tidak tahu mengenai ICT dan cara mengendalikan komputer. Namun sejak sering menghadiri kelas disini, beliau telah berjaya menggunakan komputer dan mempelajari cara menggunakan perisian Microsoft Office.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________



Mohd Jazzrien Nazeem : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Mohd Jazzrien Nazeem merupakan seorang pelajar lepasan SPM 2018 . Beliau tinggal di Rumah Rakyat Astana Raja, Kota. Nazeem merupakan anak sulung daripada 2 beradik. Beliau seorang yang sangat rajin dan konsisten dalam membuat sesuatu perkara. Keingininan beliau untuk mempelajari dan menambah ilmu mendorong beliau untuk datang ke PEDi Kota Pekan. Sebelum penglibatan beliau di sini, beliau banyak ketinggalan dalam perkembangan ICT. Kekurangan kemudahan di rumah dan di sekolah juga menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk mempelajari ICT.

Sedar akan kewujudan PEDi yang berdekatan dengan sekolah beliau, beliau tekad untuk menjadi ahli PEDi kerana terdapat kelas ICT secara percuma dan dapat membantu beliau mempersiapkan diri untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kelak. Selepas penglibatan beliau, beliau kini telah mahir menggunakan perisian Microsoft Office. Beliau sudah mahir untuk menaip surat, menghasilkan slide pembentangan dan juga menggunakan Ms. Excel. Beliau sangat komited dalam setiap sesi pembelajaran . Beliau memilih untuk mendapatkan kelas secara personal berbanding kelas berkumpulan untuk memastikan dirinya lebih fokus untuk belajar.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Muhammad Shazzarieq : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Muhammad Shazzarieq merupakan seorang remaja berusia 20 tahun yang tinggal di Rembau. Beliau adalah anak ke 3 daripada 6 orang adik beradik. Mesra dengan panggilan Zarieq, beliau kurang bernasib baik untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Oleh itu, zarieq mengambil keputusan untuk terus bekerja bagi membantu meringankan beban kedua ibubapanya. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau banyak ketinggalan dalam perkembangan ICT. Kekurangan kemudahan di rumah menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk mempelajari ICT.

Sedar akan kewujudan PEDi yang berdekatan, beliau tekad untuk menjadi ahli PEDi kerana terdapat kelas ICT secara percuma dan dapat membantu beliau menghasilkan resume sendiri. Selepas penglibatan beliau, beliau kini telah mahir menggunakan perisian Microsoft Word. Beliau sudah mahir untuk menghasilkan resume sendiri tanpa bantuan staff PEDi Kota Pekan. Beliau memilih untuk mendapatkan kelas secara personal berbanding kelas berkumpulan untuk memastikan dirinya lebih fokus untuk belajar.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________



Zaleha Md Kassim: Celik IT ( Jururawat )
Zaleha Md Kassim, 53 Tahun merupakan seorang jururawat di Klinik Kesihatan berdekatan dengan PEDi Kota Pekan. Beliau telah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi Kota Pekan . Antaranya Kelas Asas Ms Word dan Kelas Penggunaan Laman Web (HRMIS) . Beliau kurang mahir menggunakan komputer dan perlu bimbingan daripada staff PEDi. Selepas mengikuti beberapa sesi Kelas secara personal, beliau telah mahir menggunakan keyboard dan mouse. Selain itu beliau turut diajar cara untuk menggunakan website HRMIS yang perlu digunakan untuk tujuan kerja.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________



Qistina Aisya binti Hussaini : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Qistina Aisya binti Hussaini merupakan seorang pelajar di SMK DUHA. Beliau sangat aktif mengikuti Kelas ICT di PEDi Kota Pekan terutamanya Tuisyen Digital LIve Tutorial eKelas Maxis. Pada mula penglibatan Qistina di Pusat Internet, beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer dan internet namun tahu akan penggunaan aplikasi internet di telefon bimbit. Melalui penglibatan dengan PEDi, QIstina Aisya kini mahir menggunakan komputer dan internet terutamanya Portal Pembelajaran eKelas Maxis, Beliau sering menggunakan pelbagai tools dan fungsi yang ada di dalam Portal tersebut bagi tujuan pembelajaran. Penglibatan beliau dengan PEDi bukan sahaja menambah pengetahuan berkaitan komputer dan internet malah turut membantu beliau dalam mengulangkaji pelajaran mengikut subjek di sekolah.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Muhammad Alif Iskandar : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Muhammad Alif Iskandar merupakan pelajar yang bersekolah dan tinggal berdekatan dengan PEDi Kota Pekan. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik.Beliau sering mengikuti abangnya ke kelas ICT ynag dijalankan di PEDi. Sebelum penglibatan di PEDi, beliau sering menghabiskan masa bermain di kawasan perumahannya. Selepas penglibatan di PEDi, kemahiran ICT beliau semakin meningkat. Beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tetikus. Beliau juga dapat menyiapkan tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan komputer dan Microsoft Office.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________



Norshahrizad Qadri : Remaja Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Norshahrizad Qadri merupakan remaja berusia 24 tahun yang tinggal berhampiran dengan PEDi Kota Pekan. Sebelum penglibatan di PEDi, beliau kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Word. Selepas penglibatan di PEDi, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Word dan dapat membantu beliau menghasilkan resume bagi pencarian kerja di internet. Beliau juga sering datang ke PEDi Kota Pekan untuk mendapatkan bantuan staff bertugas berkenaan dengan penggunaan internet dan website bagi tujuan permohonan bantuan dan pencarian pekerjaan.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Norsyazwan Daniel : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Norsyazwan Daniel merupakan pelajar yang tinggal berhampiran dengan PEDi Kota Pekan dan merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan hanya mahir menggunakan telefon bimbit. Selepas penglibatan beliau di PEDi Kota Pekan, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan merupakan salah seorang peserta bagi program eKelas.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________



Muhammad Nur Daniel : Remaja Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Muhammad Nur Daniel merupakan seorang remaja berusia 20 tahun. Beliau tinggal di daerah Rembau dan agak jauh dari PEDi Kota Pekan. Walaupun begitu, beliau sering ke PEDi kerana sebelum ini beliau bersekolah di sekolah yang bersebelahan dengan PEDi Kota Pekan. Beliau sekarang sedang menuntut di sebuah Kolej Swasta di Tampin, Negeri Sembilan dalam kos Pengurusan Logistik. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office. Kekurangan kemudahan di rumah menyebabkan beliau kurang pengetahuan dalam menggunakan komputer.

Sedar akan kewujudan PEDi yang berdekatan, beliau menggunakan peluang yang ada untuk belajar ICT secara percuma. Selepas penglibatan beliau di PEDi, beliau kini semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office terutamanya Ms Word dan Power Point. Kelas ICT yang diikuti oleh beliau dapat membantu beliau melakukan tugasan di kolej. Beliau sering mengikuti kelas secara personal bagi memastikan beliau mudah memahami perkara yang dipelajari. Beliau juga mempelajari cara penggunaan internet dengan bijak di Pusat Internet. Pengetahuan yang dipelajari dapat membantu beliau dalam menyiapkan assignment dan tugasan pembelajarannya.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________


Thevamalar : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Thevamalar merupakan yang bersekolah berdekatan dengan Pusat Internet Kota Pekan. Beliau merupakan pelajar yang sangat rajin dan sering hadir ke PEDi untuk mempelajari ICT. Walaupun jarak rumah beliau ke PEDi agak jauh, itu tidak menjadi halangan untuk beliau mempelajari ICT di sini. Sebelum penglibatan beliau di PEDi Kota Pekan, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan ICT. Beliau adalah dari golongan keluarga yang sederhana dan tidak mempunyai kemudahan ICT di rumah. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan beliau tidak mempunyai pengetahuan di dalam ICT.

Kekurangan ini menyebabkan beliau sukar untuk melakukan tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan komputer. Selepas penglibatan beliau di PEDi Kota Pekan, beliau semakin mahir menggunakan komputer. Beliau dapat mempelajari pelbagai jenis pengetahuan ICT seperti mempelajari komponen asas komputer, cara menggunakan komponen asas komputer, menggunakan perisian Microsoft Office dan juga Canva. Beliau juga dapat menyiapkan tugasan sekolah yang memerlukan penggunaan komputer. Beliau merupakan seorang pelajar yang tidak kedekut ilmu dan sering membawa rakan sekolah yang lain untuk belajar ICT di PEDi Kota Pekan.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Muhammad Afiq Hamizan bin Rafezan : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Muhammad Afiq Hamizan bin Rafezan merupakan seorang pelajar yang bersekolah di Kg Legung Ulu, Kota. Jarak antara PEDi dan rumah beliau agak jauh. Namun, kesungguhan dan keinginan untuk mempelajari asas ICT dan penggunaan komputer mendorong beliau untuk hadir ke PEDi. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya belajar menggunakan kemudahan fizikal seperti buku teks dan nota yang dibekalkan oleh guru. Penggunaan komputer dan internet juga agak terhad di sekolah.

Selain itu, kekurangan kemudahan di rumah juga merupakan sebab beliau kurang pendedahan menggunakan komputer. Sedar akan kewujudan PEDi, beliau mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran ICT beliau dengan mengikuti kelas yang dijalankan. Selepas penglibatan beliau di PEDi, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Beliau juga telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar yang mengikuti program eKelas yang dianjurkan oleh pihak Maxis bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Beliau sering mengikuti kelas yang yang dijalankan di PEDi seperti kelas Microsoft Office dan kesedaran KDB. Beliau merupakan pelajar yang komited dan rajin. Sepanjang mengikuti kelas ICT di Pusat Internet, beliau sudah mahir menggunakan Ms Word dan Ms Power Point. Beliau juga mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru melalui kedua perisian ini.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Edriyansyah bin Naim : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Edriyansyah bin Naim merupakan seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah dan tinggal di Kg Legung Ulu, Kota. Jarak antara PEDi dan rumah beliau agak jauh. Namun, kesungguhan untuk mempelajari asas ICT dan penggunaan komputer mendorong beliau untuk hadir ke PEDi Kota Pekan.Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan hanya belajar menggunakan kemudahan fizikal seperti buku teks dan nota yang dibekalkan oleh guru. Kekurangan kemudahan di rumah jugak merupakan sebab beliau kurang pendedahan menggunakan komputer.

Sedar akan kewujudan PEDi, beliau mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran ICT beliau dengan mengikuti kelas yang dijalankan. Selepas penglibatan, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti program eKelas yang dianjurkan oleh pihak Maxis bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Beliau sering mengikuti kelas yang yang dijalankan di PEDi seperti kelas Microsoft Office dan kesedaran KDB. Beliau merupakan pelajar yang komited dan rajin. Sepanjang mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau sudah mahir menggunakan Ms Word dan Ms Power Point. Beliau juga mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru melalui kedua perisian ini.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ariq Shakif bin Mohd Nazri : Remaja Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Ariq Shakif bin Mohd Nazri merupakan seorang belia yang aktif di dalam komuniti Kota. Beliau bekerja sendiri dan turut aktif berpersatuan di dalam komuniti. Merupakan anak sulung di dalam keluarga, beliau seorang yang bertanggungjawab untuk membantu keluarga serta menunjukkan contoh yang baik buat adik-adik. Beliau memanfaatkan kewujudan PEDi untuk memudahkan urusan harian dan turut menggunakan serta belajar tentang penggunaan ICT dengan bijak. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer.

Segala urusan harian dilakukan secara fizikal termasuklah transaksi kewangan dan pembayaran bil. Beliau akan keluar ke bank dan pejabat pos untuk urusan tersebut. Kekurangan kemudahan di rumah jugak merupakan sebab beliau kurang pendedahan menggunakan komputer. Sedar akan kewujudan PEDi, beliau mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran ICT beliau dengan mengikuti kelas yang dijalankan. Selepas penglibatan beliau di PEDi, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Beliau turut mahir menggunakan telefon bimbit untuk melakukan transaksi kewangan secara atas talian. Urusan harian juga lebih mudah dan dapat menjimatkan wang dan masa.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Riz Ryan Riezkiey : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Riz Ryan Riezkiey , berusia 11 tahun dan merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kota. Ryan telah menjadi ahli PEDi Kota Pekan pada 2016 dan merupakan seorang kanak-kanak yang aktif. Beliau memanfaatkan kelebihan PEDi yang terletak berhampiran dengan kediamannya. Ryan rajin datang ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang ada. Beliau juga sering mengikuti kelas-kelas yang ada di PEDi. Sebelum penglibatan beliau di PEDi Kota Pekan, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Tahap kesedaran untuk penggunaan komputer dan internet dengan betul juga agak rendah.

Selepas penglibatan, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Ryan sudah mula mengenali komponen serta fungsi-fungsi perkakasan komputer. Beliau turut mahir menggunakan perisian Ms Word dan Canva. Selain itu, rayyan menggunakan ilmu yang dipelajari untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Ryan dapat meningkatkan kreativiti dan daya pemikiran setelah memahami dan mempraktikkan penggunaan komputer dengan betul.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Zawiyah bt Zakaria : Celik IT ( Staff Sokongan )
Zawiyah bt Zakaria, berusia 49 tahun dan merupakan seorang kakitangan pentadbiran bagi Kelas Pendidikan Khas di SMK Dato’ Undang Hj Adnan. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Kota Pekan yang terletak berhampiran dengan PEDi Kota Pekan. Beliau sangat komited dengan kerja dan sering menyertai aktiviti-aktiviti di dalam komuniti. Beliau memanfaatkan kewujudan PEDi untuk memudahkan urusan harian dan turut menggunakan serta belajar tentang penggunaan ICT dengan bijak. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer terutamanya perisian seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Tahap kesedaran untuk penggunaan komputer dan internet dengan betul juga agak rendah.

Selepas penglibatan beliau di PEDi, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Beliau mengikuti kelas secara berkala di PEDi Kota Pekan. Antara kelas yang dihadiri ialah Kelas Microsoft Word, Microsoft Excel dan Kelas Asas Shopee. Zawiyah sudah mula mahir menggunakan Ms Word untuk menghasilkan carta organisasi, laporan bergambar dan surat – surat rasmi. Manakala, Ms Excel pula digunakan untuk membuat laporan yang melibatkan pengiraan yang banyak. Penggunaan shopee pula dimanfaatkan untuk memudahkan pembelian barangan keperluan. Beliau memanfaatkan pembelajaran beliau di PEDi bagi memudahkan urusan pekerjaan beliau.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Aina Nadia binti Wahid : Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Aina Nadia binti Wahid berusia 12 tahun. Adik Aina tinggal di Kg Legong Jaya yang terletak lebih kurang 10 km dari PEDi. Beliau bersekolah di SJKC Chung Hua Tampin. Aina sering datang ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di sini. Walaupun tinggal agak jauh dari PEDi, beliau akan datang bersama ibunya jika ingin menghadiri kelas atau menggunakan perkhidmatan di PEDi Kota Pekan. Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer terutamanya Google Doc. Tahap kesedaran untuk penggunaan komputer dan internet dengan betul juga agak rendah.

Selepas penglibatan beliau di PEDo, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Dalam tempoh PKPP, kebanyakan pelajar akan mengikuti kelas atas talian dan tugasan juga perlu dilaksanakan secara atas talian. Aina mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran ICT dengan hadir ke PEDi. Antara kelas yang diikuti ialah penggunaan Google Doc. Kelas ini membantu beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan . Selain itu, beliau juga turut mempelajari tentang penggunaan internet dengan bijak dan ciri-ciri keselamatan penggunaan internet.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Aiman Aqilah bt Moktar : Remaja Celik IT dengan bimbingan dari PEDi
Aiman Aqilah bt Moktar merupakan seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di utara tanah air . Beliau sering datang ke PEDi Kota Pekan sejak dari sekolah lagi. Aiman Aqilah merupakan anak sulung dalam keluarga dan tinggal di Kg Lada, Chengkau. Jarak antara rumahnya dengan PEDi Kota ekan mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki kenderaan. Beliau seorang yang sangat rajin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuannya terutama sekali dalam bidang ICT. Semasa musim PKP, PKPB dan PKPP, pembelajaran adalah secara atas talian. Aiman telah memanfaatkan kewujudan PEDi untuk memudahkan sesi pembelajaran beliau. Beliau menggunakan perkhidmatan di PEDi dan turut mendapatkan bimbingan dan informasi daripada staff di sini.

Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Tahap kesedaran untuk penggunaan komputer dan internet dengan betul juga agak rendah. Selepas penglibatan beliau di PEDi, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Beliau mampu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sendiri selepas mendapat bimbingan daripada staff PEDi Kota Pekan. Aiman sering ke PEDi sejak bersekolah di SMK Dato’ Undang Haji Adnan yang terletak bersebelahan dengan PEDi. Beliau memanfaatkan segala aktiviti dan kelas yang dijalankan di PEDi dengan menyertai dan memberi kerjasama dengan baik kepada PEDi. Apabila sudah menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, beliau sudah mahir menggunakan komputer, perisian Microsoft Office dan penggunaan internet dengan betul.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Encik Syaiful Azman bin Hj Mohd Zin : Celik IT (Dewasa)
Encik Syaiful Azman bin Hj Mohd Zin merupakan seorang pegawai di Pejabat Penyelaras DUN Kota. Beliau pernah mengikuti kelas secara berkala di PEDi yang merangkumi Kelas Ms Office, Website Learning dan Online Banking. Beliau seorang yang sangat aktif dengan aktiviti tanggungjawab sosial dan aktiviti persatuan NGO. Encik Syaiful juga sering mendapatkan bantuan daripada PEDi Kota Pekan sekiranya mempunyai kekeliruan berkaitan penggunaan ICT.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Puan Rohani binti Tukicho : Celik IT (Guru Tabika)
Puan Rohani binti Tukicho merupakan pendidik atau guru di Tabika Kemas di dalam daerah Rembau . Beliau sering hadir ke PEDi Kota Pekan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan . Selain itu, beliau juga sering mengikuti kelas bagi pembelajaran penggunaan komputer dan ICT di PEDi Kota Pekan. Beliau memanfaatkan pembelajaran di PEDi bagi memudahkan urusan kerja beliau.

Musim pandemik ini lebih banyak mendedahkan beliau dengan penggunaan ICT memandangkan kebanyakan aktiviti serta program Tabika diadakan secara atas talian . Beliau sering ke PEDi untuk mendapatkan bantuan daripada staff PEDi berkaitan penggunaan ICT. Antara kelas yang pernah diikuti ialah Asas ICT , Microsoft Office dan penggunaan internet dengan betul .

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Puan Mardiana : Celik IT (Staff Sokongan)
Puan Mardiana merupakan seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di sebulah sekolah sekitar Kota, Rembau . Beliau hadir ke PEDi Kota Pekan untuk mempelajari asas Ms Office untuk kegunaan beliau di pejabat. Sesi pembelajaran diadakan secara berkala setiap minggu bagi meningkatkan kefahaman dan kecekapan beliau menggunakan komputer. Sesi ini amat bermanfaat untuk beliau kerana beliau akan menggunakan perisian MS Office ini bagi tujuan kerja di pejabat. Staff PEDi turut membantu dan membimbing beliau secara atas talian sekiranya diperlukan.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Suri Rumah Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI

Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Puan Non Sazarina Binti Sulaiman , telah mendaftar sebagai ahli di PI pada awal tahun 2017 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, membaca blog-blog kesihatan.

Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama tiga bulan, beliau kini yakin untuk menggunakan komputer beliau di rumah yang dilengkapi dengan internet kerana beliau menyatakan bahawa beliau memiliki sebuah komputer tetapi tidak pernah digunakan.

Beliau seorang suri rumah yang gemar menghasilkan makanan yang sihat dan sedap untuk anak-anaknya berasakan bahawa beliau amat beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak hanya kerana untuk membeli buku masakan. Kini beliau hanya boleh membaca di blog-blog masakan ataupun menonton secara terus di laman Youtube. Selain daripada masakan, beliau turut menggemari kraftangan. Oleh itu, beliau mudah untuk mempelajari dan mendapatkan idea-idea baru tentang kraftangan melalui blog-blog kraftangan.



Bapa celik IT dengan bimbingan ICT dari PI

Kesibukan bekerja merupakan salah satu faktor Encik Nizan Bin Abdul Jamil terpaksa melupakan minatnya mempelajari ICT. Namun, sejak terbinanya PI pada tahun 2016, beliau mengambil kesempatan itu untuk mendaftarkan dirinya sebagai salah seorang ahli dan kembali berminat mempelajari ICT disana. Selaras dengan zaman moden pada masa kini, beliau menyatakan hasrat untuk mempelajari ICT agar dirinya tidak ketinggalan dengan arus permodenan.

Di PI, beliau mempelajari beberapa modul pembelajaran ICT yang disediakan seperti asas komputer, pengendalian papan kekunci dan tetikus serta pengenalan internet dan laman web dengan percuma. Sepanjang proses pembelajaran yang telah berlangsung selama 4 bulan, beliau kini semakin yakin untuk menggunakan komputer dengan sendirinya. Beliau juga tidak kekok mengendalikan papan kekunci dan tetikus. Berkat ilmu ICT yang dipelajari di PI, beliau telah berjaya untuk mendaftarkan anak perempuannya ke darjah satu yang perlu dilakukan secara atas talian.

Dengan kemudahan ICT pada masa kini, beliau sedar bahawa ICT amat memudahkan urusan terutamanya dalam urusan pendaftaran anaknya kerana tidak perlu bersusah payah untuk beratur seperti yang sering dilakukan pada masa dahulu. Beliau juga berasa beruntung kerana beliau lebih mudah untuk mencari maklumat berkenaan pendidikan yang dapat digunakan untuk membantu anaknya yang baru berusia 6 tahun.


Pelajar celik IT dengan bimbingan ICT dari PI

Mohammad Irfan Bin Nor Aripin merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah berdekatan dengan kawasan Kota Pekan. Beliau merupakan anak terakhir daripada lima orang adik beradik. Ayahnya, Nor Aripin Bin Shamsuddin sedar betapa pentingnya ICT pada masa kini. Oleh itu, ayahnya telah mendaftarkan anaknya sebagai salah seorang ahli di PI dan sering mengikuti kelas yang dilakukan oleh staff di PI.

Melalui kelas latihan asas komputer dan ICT yang dilakukan di PI, beliau telah mula memahirkan diri menggunakan tetikus dan papan kekunci. Beliau juga diajar melayari portal pendidikan dan melakukan ulangkaji pelajaran secara atas talian. Sepanjang hampir 6 bulan menghadiri kelas ICT di PI, beliau telah berjaya mempertingkatkan kemahiran ICT nya dengan mempunyai akaun Facebook miliknya sendiri. Sepanjang kelas berlangsung, beliau juga diberikan kesedaran dan pengetahuan mengenai kebaikan dan keburukan laman sosial yang perlu dihindarkan.

Dengan mempunyai akaun Facebook sendiri, beliau lebih mudah untuk menghubungi rakan sebayanya dan berkongsi gambar bersama keluarga. Beliau juga sedar bahawa laman sosial ini banyak membantunya untuk berhubung bersama guru jika mempunyai sebarang masalah pelajaran. Selain itu, ICT juga banyak membantu beliau mencari bahan rujukan pelajaran dan membantunya untuk mempersiapkan diri bagi UPSR yang akan datang.


Usahawan celik IT dengan bimbingan ICT dari PI

Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Encik Abu Samah Bin Kanchil telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan dirinya sebagai ahli di PI pada April,2017. Bapa kepada 4 orang anak ini merupakan seorang usahawan dalam sektor penternakan dan pengusaha kambing licin. Sedar akan peluang membesarkan perniagaan di laman sosial, beliau berasa terpanggil untuk menghadiri kelas ICT yang diadakan di PI. Sepanjang kelas ICT yang berlangsung di PI, beliau telah mempelajari beberapa modul pembelajaran seperti asas komputer dan pengenalan laman sosial.

Setelah 3 bulan menghadiri kelas di PI, kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaan beliau ke laman Facebook miliknya sendiri.Dengan adanya Facebook Page miliknya, beliau dapat membesarkan pasaran ternakannya dengan lebih meluas bukan sahaja dari penduduk tempatan malah penduduk luar daripada Negeri Sembilan juga. Sebarang tempahan untuk sebarang majlis terumatanya bagi Majlis Aqiqah dan Hari Raya Korban, boleh menghubungi beliau melalui aplikasi Whatsapp 019-6641018.


Celik ICT (Imam Masjid)

Encik Haji Md Isa merupakan seorang imam di kawasan sekitar Kota Pekan. Sifatnya yang ramah dan ceria menyebabkan beliau mudah didekati. Beliau sangat aktif dengan aktiviti di surau dan masjid di kawasan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah tamat bekerja, Encik Haji Md Isa sudah tidak menggunakan sebarang teknologi ICT dan menyebabkan beliau telah lupa menggunakannya. Kekangan masa juga merupakan salah satu faktor mendorong Encik Haji Md Isa ketinggalan dalam ICT walaupun beliau masih berminat mempelajarinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas komputer yang dibimbing oleh staff di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan, Encik Haji Md Isa telah berjaya mempelajari asas ICT dengan mendaftar akaun Gmail miliknya dan telah mempunyai akaun Facebook miliknya sendiri. Beliau turut mempelajari cara – cara menggunakan internet dengan betul dan menggunakan tools yang ada di dalam facebook. Beliau juga telah mempelajari cara membaca dan menghantar email menggunakan akaun miliknya sendiri.


Celik ICT (Pesara tentera)

Encik Shaharuddin merupakan seorang bekas askar yang menghabiskan masa lapang beliau dengan melakukan kerja kampung dan beliau sangat meminati permainan Dart. Beliau turut aktif dalam Persatuan Veteran ATM dan seringkali menyertai aktiviti – aktiviti sukarelawan yang diadakan. Beliau turut menyediakan perkhidmatan permianan “dart” untuk sebarang majlis . Sebagai contoh beliau terlibat untuk menguruskan acara “dart” ketika Hari Sukan Negara Dun Kota.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kesibukan bekerja dan tidak mempunyai fasiliti di rumah merupakan salah satu faktor menyebabkan Encik Shahruddin tidak mahir menggunakan komputer walaupun mempunyai minat yang sangat mendalam terhadapnya. Beliau rajin datang ke Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan untuk mempelajari asas – asas ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas komputer yang dibimbing oleh staff di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan, Encik Shaharuddin sudah mampu menggunakan komputer dan telah mempunyai akaun Gmail miliknya sendiri. Beliau juga mempunyai akaun facebook dan beberapa laman sosial lain dan sudah mula aktif menggunakannya untuk berhubung dengan rakan – rakan.


Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PI

Muhammad Ikram bin Muhd Nasir merupakan seorang pelajar tingkatan 3 yang bersekolah di SMK Dato’ Undang Hj Adnan. Pelajar yang tinggal di Rumah Rakyat Kota ini amat berminat mempelajari ICT dan merupakan seorang pelajar yang rajin. Beliau rajin datang ke PI dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan Kekurangan fasiliti untuk mempelajari ICT dan asas internet di rumah merupakan faktor utama beliau tidak dapat memahirkan diri dalam penggunaan komputer.

Beliau juga tidak dapat menggunakan ICT sebagai sesi pembelajaran tambahan seperti yang dinikmati oleh pelajar di bandar. Melalui penglibatan beliau di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan, beliau telah dapat mempelajari asas ICT dan penggunaan Internet secara percuma dan berkala. Melalui kelas yang dipelajari, beliau telah berjaya mendaftar akaun Gmail dan dapat mempelajari subjek di sekolah secara atas talian melalui portal eKelas. Beliau merupakan salah seorang peserta portal eKelas yang diwujudkan oleh Maxis. Portal ini membantunya untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian di samping dapat meningkatkan tahap kefahamannya terhadap subjek yang dipelajari di sekolah.


Usahawan celik IT dengan bimbingan ICT dari PI

Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Puan Mas Rahayu Abd Jalil telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan dirinya sebagai ahli di PI pada penghujung 2017. Puan Rahayu merupakan seorang suri rumah tangga dan mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Beliau merupakan seorang usahawan dan bergiat aktif berniaga di sekitar kawasan Rembau. Setelah tidak lagi bekerja, Puan Rahayu sudah kurang menggunakan komputer yang menyebabkan beliau tidak lagi ingat untuk menggunakannya.

Kekangan masa dalam menjaga anak-anak juga merupakan salah satu faktor beliau tidak lagi menggunakan komputer. Menyedari kewujudan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan yang mempunyai latihan ICT secara percuma telah menarik kembali minat beliau untuk mempelajari ICT. Melalui kelas latihan asas komputer yang dibimbing oleh staff Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan, Puan Rahayu telah berjaya untuk meningkatkan pengetahuan ICT beliau dengan mendaftar akaun Gmail dan Maybank2u. Beliau juga telah mempunyai akaun Facebook sendiri.


Suri Rumah Celik IT Dengan Bimbingan ICT Dari PI

Puan Khalida merupakan seorang suri rumah tangga dan mempunyai anak yang salah seorangnya merupakan kanak-kanak OKU berusia 16 tahun. Beliau merupakan seorang ibu yang penyabar dan sangat ramah dengan senyuman. Kekangan masa dalam menjaga keperluan anak-anaknya menyebabkan Puan Khalida agak ketinggalan dalam perkembangan ICT. Beliau lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan jarang berjumpa bersama rakan kenalan kerana anaknya memerlukan perhatian yang lebih.

Sedar akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan, beliau sedar bahawa beliau masih lagi boleh mempelajari ICT bersama-sama anaknya kerana Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan mempunyai kemudahan untuk digunakan oleh golongan kurang upaya (OKU). Melalui kelas latihan asas ICT yang dibimbing oleh tenaga pengajar Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan, Puan Khalida telah berjaya untuk membuka akaun Gmail dan Facebook miliknya. Kini beliau boleh menggunakan media sosial untuk berhubung bersama kenalannya. Beliau juga dapat mempertingkatkan kemahiran ICT beliau seiring dengan perkembangan masa kini. Beliau berasa sangat beruntung kerana wujudnya PI di kawasan berdekatan perumahan beliau.


Pelajar Celik IT Dengan Bimbingan ICT Dari PI

Aizat merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di SMK Dato’ Undang Haji Adnan. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Beliau seorang pelajar yang rajin dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Aizat merupakan seorang pelajar yang lahir daripada keluarga yang sederhana. Ketiadaan kemudahan ICT dirumah merupakan salah satu faktor Aizat tidak mempelajari ICT walaupun beliau amat meminatinya. Sedar akan kepentingan ICT pada masa kini dan beliau juga akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini, beliau nekad ingin menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan dan tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri sepanjang kelas ICT berlangsung di PI.

Selepas penglibatan Aizat sebagai salah seorang ahli PI dan sering mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PI, Aizat telah berjaya meningkatkan kemahiran menggunakan komponen asas komputer seperti tetikus dan papan kekunci. Beliau juga dapat melakukan latih tubi selepas sesi persekolahan dengan mendaftar akaun portal eKelas yang diperkenalkan oleh Maxis dan beliau juga mempunyai akaun Youtube untuk memuat naik video hasil kreativitinya yang dipelajari melalui kelas ICT di PI. Beliau amat berterima kasih kepada tenaga pengajar PI kerana membantu mempertingkatkan kemahiran ICT beliau.


Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PI

Nurakmal merupakan pelajar asrama yang belajar di SMK Dato’ Undang Haji Adnan dan bakal menduduki peperiksaan besar iaitu SPM pada tahun ini. Beliau sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital untuk menyiapkan kerja khursus yang perlu dihantar secara online. Sebelum penglibatan beliau di Pusat Ekonomi Digital , beliau banyak ketinggalan dalam perkembangan ICT. Kekurangan kemudahan di rumah dan di sekolah juga menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk mempelajari ICT.

Sedar akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital yang berdekatan dengan sekolah beliau, beliau tekad untuk menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital kerana terdapat kelas ICT secara percuma dan dapat membantu beliau menyiapkan pelbagai kerja sekolah yang memerlukan capaian internet. Selepas penglibatan beliau di Pusat Ekonomi Digital , beliau kini telah mempunyai akaun Gmail sendiri yang dapat memudahkan kerja beliau untuk menghantar kerja kepada guru. Beliau juga sering menghadirkan diri di dalam kelas latihan ICT yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital . Kini, beliau telah mahir menggunakan komputer, tetikus dan Microsoft Office. Beliau juga sering membantu rakan-rakan yang lain yang tidak mahir menggunakan ICT.


Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PI1M

Aimie Hariez merupakan pelajar asrama yang belajar berdekatan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan dan tahun ini merupakan tahun yang penting bagi beliau kerana bakal menduduki peperiksaan SPM. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital untuk mempertingkatkan kemahiran ICT beliau.

Kekangan masa dan kekurangan fasiliti di rumah dan di sekolah menyebabkan Aimie memendamkan minat beliau untuk mempelajari ICT. Disebabkan faktor tersebut, beliau banyak ketinggalan daripada kawan-kawan seusianya yang mahir menggunakan ICT. Sedar akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital selepas staff Pusat Ekonomi Digital hadir ke sekolah beliau untuk membuat taklimat berkenaan kempen Klik Dengan Bijak dan portal e-Kelas, beliau berasa sangat teruja untuk mempelajari ICT kerana terdapat latihan ICT secara percuma yang diberikan di Pusat Ekonomi Digital .

Selepas penglibatan beliau di Pusat Ekonomi Digital , Aimie semakin mahir menggunakan komputer dan tetikus. Dari segi kemahiran ICT, beliau kini telah mempunyai Gmail dan Facebook miliknya sendiri. Beliau sering menggunakan Gmail untuk menghantar tugasan kepada guru dan sering menyiapkan tugasan diberikan oleh guru melalui Google Drive. Selain itu, media sosial juga membantu beliau untuk berhubung bersama rakan sekelas beliau memandangkan beliau merupakan pelajar asrama dan tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.


Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PI

Nuraina merupakan pelajar tahun satu yang bersekolah di sekolah berhampiran dengan Pusat Internet Kota Pekan. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar yang cerdik dan peramah. Beliau bersama kakak beliau menyertai program Cats Stage 3 yang dianjurkan oleh Unimas. Ibu bapa beliau sangat menggalakkan beliau hadir ke Pusat Internet untuk membantu meningkatkan kemahiran ICT beliau.

Sebelum penglibatan Nuraina di Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, beliau sering menghabiskan masa lapang beliau dengan bermain permainan di rumah. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin meningkat, ibu bapa beliau berasa sangat teruja untuk menghantar anak beliau untuk mempelajari ICT. Ibu bapa beliau menggunakan kemudahan awam yang disediakan berdekatan dengan rumah mereka untuk mempertingkatkan kemahiran anak mereka.

Selepas penglibatan Nuraina di Pusat Internet Kota Pekan, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tetikus. Penguasaan Bahasa Inggeris beliau juga semakin meningkat dengan mengikuti program Cats Stage 3 yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama Unimas. Ibu bapa beliau juga sangat menggalakkan anak mereka untuk sering berkunjung ke Pusat Internet kerana terdapat pelbagai program yang menarik yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital .


Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PI

Nurhanis merupakan pelajar sekolah rendah yang bersekolah berhampiran Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Beliau telah terpilih untuk memasuki program Cats Stage 3 yang telah dianjurkan oleh Unimas. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik dan ibunya telah menghantar ke Pusat Ekonomi Digital untuk meningkatkan kemahiran ICT dan penguasaan Bahasa Inggeris beliau.

Sebelum penglibatan Nurhanis di Pusat Internet Kota Pekan, beliau banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan bermain permainan di rumah. Seiring dengan perkembangan teknologi sekarang, beliau sering mendapat tugasan daripadaguru untuk melayari internet bagi mencari bahan pembelajaran. Sedar akan kewujudan Pusat Internet yang berada berdekatan dengan rumah mereka, ibu bapa mereka menggunakan platform ini untk meningkatkan kemahiran mereka sekaligus mengikuti program yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital .

Selepas penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tetikus. Dengan mengikuti program Cats Stage 3 yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital , beliau dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan komputer sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan Bahasa inggeris mereka. Ibu bapa beliau juga sangat menggalakkan beliau untuk hadir ke Pusat Ekonomi Digital kerana terdapat banyak manfaat kepada anak mereka. Dengan adanya program Cats Stage 3 ini, ianya sangat membantu mereka meningkatkan tatabahasa dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.