Rekreasi Dan Pelancongan
Gunung Datuk
Gunung Datuk dikenali dengan pelbagai nama dan pelbagai ejaan. Sepanjang penanda arah jalan ada yang menamakan Gunung Dato’ ataupun Datok. Manakala di dalam peta pula disebut sebagai Gunung Rembau ataupun Gunung Datuk Rembau. Namun, sejarah awal menyatakan bahawa gunung ini dinamakan bersempena dengan Dato’ Perpatih Nan Sebatang dimana beliau lah akan mengumpulkan semua pemimpin-pemimpin di sini dan memilih seseorang untuk dilantik menjadi Dato’ Lembaga.
Gunung Datuk ini berketinggian 884 meter (2900 kaki) dan merupakan gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan. Pendakian ke puncak gunung kadangkala mengambil masa dari 2 ke 3 jam. Manakala turun hanya mengambil masa kurang daripada 2 jam. Bayaran permit adalah RM5.00 seorang pendaki dan nama juga perlu direkodkan terlebih dahulu di pondok renjer sebelum memulakan pendakian. Cas bagi perkhidmatan jurudaki (jika perlu) adalah seperti berikut:
< 20 orang = RM60.00
= 25 – 50 orang = RM120.00
> 50 orang = RM180.00
Selain itu, terdapat juga chalet disediakan di kawasan sekitar kaki Gunung Datuk:
RM50.00 (1 hari)
RM30.00 (setengah hari)
Antara keistimewaan yang terdapat di puncak Gunung Datuk ialah kesan tapak kaki Lagenda Pahlawan Melayu iaitu Datuk Laksamana Hang Tuah. Menurut kepercayaan segelintir masyarakat, mereka menyatakan bahawa Hang Tuah melompat dari Gunung Datuk ke Tanjung Tuan (Port Dickson). Namun begitu, kesahihan mengenai kisah itu masih menjadi pertikaian. Selain itu, pendaki dapat menikmati pemandangan 360 darjah yang indah dan menarik kerana boleh melihat kapal yang sedang belayar di Selat Melaka (jika cuaca mengizinkan).
Sukabumi Kendong Village Resort, Negeri Sembilan.
Sukabumi Kendong Village Resort ini juga merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di daerah Rembau. Aktiviti seperti training, family day outing, perkhemahan (pelajar), barbeque dan aktiviti keraian boleh diadakan di resort ini tetapi perlu ditempah (booking) terlebih dahulu. Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti luar (outdoor activities) yang menarik turut disediakan disini:
Treasure Hunt
Explore-race
Jungle and Stream Trekking
Night Walk
Water adventure and confident
Adventure Race
Rock Climbing
Map Reading and Orienteering
Nature Challenge
Tele-matches
Survival Mission
Kemudahan yang disediakan::
Padang (tele-matches)
Dewan Teater Santai
Dewan Seminar
Restoran Ikan Bakar
Kafe
Bilik TV
Kolam mandi (Swimming pool – mountain water)
Surau
Kolam Ikan
Kebun (30 jenis pokok buahan kampong dan ulaman)
Tandas awam
Parking area (parkir)
Gazebo
Camp Site
PA Sistem
Jenis penginapan:
6 Chalet (24 pax)
4 Dormitori (40 pax)
1 Rumah Kampung (3 bilik tidur – 9 pax)
1 teratak berkembar (7 pax)
Khemah (50 pax)
Muzium Rembau
Muzium Rembau ataupun dahulu dikenali sebagai Muzium Replika Istana Raja Melewar merupakan tempat yang boleh dilawati dimana terdapat artifak-artifak peninggalan sejarah daerah Rembau dipamerkan disini untuk pengunjung melihat lebih dekat lagi. Pengisian muzium ini adalah berdasarkan Institusi Undang Luak, Sejarah Rembau dan kedatangan Raja Melewar. Di samping itu, muzium ini juga dapat dijadikan sebagai tempat rujukan dan memberi khidmat kepada pengumpul, penyelidik, penuntut dan pencinta sejarah lama.