Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Kota
Pada akhir tahun 1800, sebuah pondok kecil lagi using dijadikan sekolah oleh penduduk kampung. Bertempat di hujung Pekan Kota (Pasar Lama) pondok kecil ini beratap nipah, tiada berdinding dan bercantaskan tanah, pondok ini diberi nama Sekolah Orang-Orang Melayu Kota. Memandangkan pondok ini kecil dan tidak selamat untuk digunakan, pada tahun 1904 (4 tahun berikutnya), penduduk kampung dengan semangat bergotong-royong Berjaya mendirikan sebuah bangunan kecil untuk dijadikan sekolah dengan keluasan berukuran 70 kaki panjang dan 30 kaki lebar.
Sekolah ini dikhaskan untuk pelajar lelaki manakala pelajar perempuan ditempatkan di Ulu Gadong. Setelah tamat Perang Dunia ke-2 pada tahun 1950, sekolah ini dirobohkan dan diganti dengan bangunan yang baru. Sekolah ini diberi nama sekolah umum dan seterusnya pada tahun 1960 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kota hinggalah sekarang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan (SMK DUHA)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan ataupun nama singkatan SMK DUHA telah beroperasi sejak tahun 2003.
Pengetua Sekolah DUHA 2017 = Jalaluddin Bin Zulkifli
Aliran yang ditawarkan di SMK DUHA ialah:
- Pendidikan Seni Visual
- Prinsip Akaun – Perdagangan, Akaun dan Matematik Tambahan
- Sains Tulen
- Sains Kemanusiaan – Sastera, Perdagangan dan Seni
- Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) - Menjahit
Giatmara Rembau
Pusat Giat Mara menyediakan latihan praktikal dan teori dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Giatmara Rembau yang terletak di Taman Gadong, Kota Negeri Sembilan ini menawarkan tiga jenis kursus iaitu;
- Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Fasa Satu)
- Solekan dan Terapi Kecantikan
- Fashion and Dressmaking Single Tier
Alamat: GIATMARA REMBAU, No. 2 Tingkat 1, Taman Gadong, 71350 Kota, Negeri Sembilan
Email: gmrembau@giatmara.edu.my
No. Tel: 06 – 4382024
Faks: 06 – 4382033