Keusahawanan

Pengusaha dan Pembekal Rempeyek

Rempeyek Sally yang diusahakan sejak tahun 2008 oleh Puan Salmah Binti Hamid ini semakin mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan sekitar Rembau dan Seremban. Sekali tempahan kadang-kala boleh mencapai sehingga 30 kilogram dalam masa satu hari. Rempeyek yang dihasilkan merupakan resepi turun temurun dan tanpa bahan pengawet. Pengusahaan beliau turut mendapat kelulusan daripada Risda. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 017 381 0863


Taska Dzul Annasya Islamic School

Perasaan sayang dan ambil berat terhadap kanak-kanak merupakan sumber inspirasi utama kepada Cik Nur Fadhilah Binti Abdullah menubuhkan Taska Dzul Annasya Islamic School. Mula diusahakan sejak dari akhir tahun 2015 lagi, beliau kini telah menerima sekurang-kurangnya 20 orang kanak-kanak dibawah jagaan tiga orang guru taska yang terlatih. Usia kanak-kanak yang diasuh di Taska Dzul Annasya ini adalah dalam lingkungan tiga bulan hingga empat tahun. Taska ini menyediakan khidmat pendidikan awal kanak-kanak yang mengesyorkan dwi Bahasa iaitu Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Kanak-kanak seusia awal dua tahun turut diajar tentang pengiraan nombor dan juga pengenalan haiwan bagi mendedahkan mereka kepada ilmu asas matematik dan sains. Untuk sebarang maklumat lanjut, beliau boleh dihubungi di talian 011 1073 6960.


Penduduk Kota Pekan kebanyakannya melibatkan diri dalam bidang pertanian

Ladang Nenas Kota

Kebun Pisang Kota

Ladang Cili Kota


Peniaga Makanan Sejuk Beku

Rohaida Binti Ismail merupakan seorang pengusaha makanan sejuk beku seperti karipap, roti canai dan roti bom yang dipasarkan ke sekitar kedai di Kota Pekan. Ibu kepada dua orang anak ini mula menceburi bidang makanan sejuk beku ini sejak tahun 2015. Makanan sejuk beku yang dihasilkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat malahan daripada penduduk di sekitar Rembau. Inti karipap yang sedap serta roti canai yang rangup dan lembut membuatkan pelanggan sering membeli dan terdapat juga pelanggan yang membeli secara borong untuk sebarang majlis. Perniagaan yang diusahakan bersama suaminya ini, mula mendapat nama di sekitar Rembau. Untuk sebarang tempahan boleh menghubungi beliau di talian 012-2146384.


Peniaga Barangan Kosmetik

Minat yang mendalam terhadap kecantikan menimbulkan buah fikiran kepada Puan Ramizah untuk berkongsi minatnya terhadap barangan kosmetik kepada orang ramai. Puan Romizah atau lebih dikenali dengan nama Puan Mizah mengusahakan perniagaan barangan kosmetik sejak tahun 2014. Barangan berjenama seperti Colourpop, Clio Peripera, Urban Decay, BH Cosmetics dan Revolution London merupakan antara barangan yang dijual oleh beliau dan merupakan barangan yang paling laris. Remaja dan para ibu merupakan pelanggan tetap yang sering membeli dengannya. Sikap yang ramah dan suka berkongsi tips kecantikan menyebabkan para pelanggan gemar membeli dengannya. Puan Ramizah juga membekalkan barangan yang original kepada para pelanggannya. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi beliau di talian 017-2593625.


Penternak dan Pengusaha Kambing Licin

Encik Abu Samah Bin Kanchil merupakan usahawan kampung yang mengusahakan perniagaan kambing licin. Bapa kepada 4 orang anak ini pada mulanya mengusahakn kambing licin kerana minat. Namun, sejak tahun 2015, kambing licin yang dipeliharanya mula membiak dari sehari ke sehari. Sehingga kini, kambing licin yang dipeliharanya telah mencecah sebanyak 20 ekor. Kambing licin yang diusahakan beliau menerima permintaan yang tinggi terutamanya pada Hari Raya Korban, Majlis Aqiqah dan juga Majlis Perkahwinan sekitar Rembau dan Seremban. Terdapat juga pelanggan yang membeli kambing peliharaan untuk dijadikan baka. Kambing miliknya dijaga rapi dan mendapatkan vaksin setiap bulan untuk memastikan kambingnya sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit. Untuk sebarang tempahan bagi sebarang majlis, boleh menelefon beliau di talian 019-6641018.


Produk Wawawax

Noor Fatin binti Kamarudin merupakan seorang pelajar di Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET) kampus Alor Gajah. Beliau menjalankan perniagaan secara atas talian bagi menampung serba sedikit kos perbelanjaan di Universiti. Walaupun sedang belajar, beliau aktif mempromosikan produk yang dijual kepada rakan – rakan dan secara online. Beliau merupakan agent kepada produk wawawax dan turut membantu usahawan lain yang baru hendak berjinak dalam dunia perniagaan.


Jamu Kunyit Asam dan Makjun Manjakani

Cik Nurul Hidayu atau senang dipanggil Ayu merupakan seorang pengusaha Jamu Kunyit Asam dan Makjun Manjakani. Minat beliau dalam bidang kecantikan menimbulkan idea untuk beliau berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan beliau bersama orang lain. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. Beliau seorang yang sangat gemar dengan jamu tradisi nenek moyang kerana bagi beliau jamu yang digunakan tidak berbahaya dan sangat bagus untuk kesihatan.

Sebelum penglibatan dengan PI, perniagaan yang dilakukan hanya tertumpu melalui Facebook sahaja. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh staff Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan, beliau kini telah berjaya meluaskan perniagaan beliau melalui penglibatan beliau di dalam portal Agro Bazaar Online yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


D’bunga Kitchen

Pn Hasdaliaty atau mesra disapa Kak Dahlia merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Beliau telah pun berjinak dengan perniagaan produk makanan dan catering sejak beberapa tahun lepas. Pada tahun 2017, beliau telah mengorak selangkah lagi dengan membuka kedai makan (D’bunga Kitchen) yang menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari, Beliau baru sahaja terlibat sebagai usahawan PI. Premis perniagaan beliau terletak di Bongek. Sebarang tempahan untuk jamuan atau acara boleh hubungi beliau di 011-11752577


Cheese tart dan manisan

Puan Mas Rahayu merupakan ibu kepada empat orang anak yang berniaga secara kecil – kecilan bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya . Beliau tidak mempunyai kedai sebaliknya hanya berniaga secara online dari rumah. Beliau menjual produk makanan dan kuih – muih seperti cheestart, tart nenas, kek coklat dan biskut kelapa. Beliau turut menerima tempahan bagi sebarang majlis atau hari perayaan. Puan Mas Rahayu atau mesra disapa Kak Ayu, sangat aktif dalam perniagaan dan giat mencari sebarang peluang sebagai platform untuk memajukan perniagaannya.

Beliau mempunyai kekangan masa untuk hadir dan menjalani latihan usahawan secara kerap di PI, namun latihan diberikan melalui atas talian menggunakan email dan whatsapp. Staff PI turut membantu beliau untuk membuka booth jualan pada majlis – majlis yang dianjurkan oleh PI Kota Pekan. Selain itu beliau turut dibantu dari segi mendapatkan bantuan-bantuan lain yang memerlukan permohonan untuk dilakukan secara online.


Dzarina Nursery

Puan Zarina binti Zaini merupakan seorang usahawan yang telah mula berniaga sejak 2005. Beliau mempunyai premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa pada awalnya. Bagi menjana pendapatan sampingan dan minat yang tinggi terhadap tumbuh-tumbuhan , beliau mula mengorak langkah sebagai peniaga secara kecil-kecilan. Selain menjual barangan seperti pasu, pokok dan baja, beliau turut menyediakan perkhidmatan untuk menanam bunga untuk memudahkan para pelanggan.


Tempat Rekreasi dan Pelancongan

Encik Abdul Razak Bin Mohd merupakan seorang tenaga pengajar di Akademi Laut Malaysia dan sangat berpengalaman dalam dunia Marine. Minatnya terhadap dunia Marine menimbulkan buah fikiran untuk membuat satu tempat rekreasi yang bertemakan Marine. Tanah miliknya digunakan untuk membuat kolam mandi yang punca utamanya daripada air gunung. Kolam mandi yang diberi nama Kolam Marine Arm ini dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 7 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Encik Abdul Razak juga menyediakan kemudahan seperti tandas, surau dan hotel untuk disewa. Kolam miliknya amat sesuai untuk Family Day dan untuk keluarga yang ingin bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Abdul Razak di talian 019-6569244.


Peniaga Kelapa (Buah Dan Anak Pokok)

Tuan Haji Jahaya merupakan pengerusi JKKK Kota Pekan dan sangat berpengaruh di kawasan Kota Pekan. Minatnya dalam bidang perniagaan membuatkan beliau menceburkan diri dalam perniagaan kelapa. Beliau mempunyai sebanyak lebih kurang 250 pokok kelapa yang terdiri daripada kelapa matag dan pandan. Pokok kelapa matag amat sesuai untuk masakan manakala pokok kelapa pandan amat sesuai untuk minuman kerana airnya yang lebih manis.

Beliau menjual kelapa milik beliau kepada penduduk sekitar yang berharga RM 2 sebiji bagi kelapa mataq dan RM 1.50 sebiji bagi kelapa pandan. Beliau juga ada menjual anak pokok bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Sikap Tuan Haji Jahaya yang sangat berdedikasi dan ramah menyebabkan pelanggan senang berurusan dengan beliau. Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi Tuan Haji Jahaya di talian 019-2653937.


Mengambil upah kerja pembersihan.

Muhd Nizam merupakan salah seorang belia di daerah Rembau yang sangat rajin berusaha mencari rezeki bagi membantu keluarganya dan menampung perbelanjaan seharian . Pada waktu lapang, beliau akan mengambil upah membersihkan kawasan – kawasan rumah atau premis perniagaan. Beliau juga sering mengambil upah memotong rumput di sekitar kawasan Pusat Ekonomi Digital Kota. Hasil kerja yang memuaskan membuatkan beliau sering mendapat permintaan untuk menjalankan perkhidmatan pembersihan di sekitar kawasan Kota Pekan.


Jamu Solek Lawa

Hani Suhaili merupakan seorang Graduan lepasan Universiti Awam dalam bidang Kimia. Selepas habis belajar , beliau mempunyai banyak masa terluang di rumah. Beliau masih menunggu tawaran kerja dan masih lagi dalam proses untuk memohon pekerjaan. Oleh itu, beliau mengambil kesempatan yang ada untuk berniaga secara dalam talian secara kecil – kecilan di rumah. Beliau merupakan salah seorang agen kepada Produk Jamu Solek Lawa. Jamu sememangnya sinonim dengan wanita bagi menjaga kesihatan dan kecantikan . Terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada mengamalkan Jamu yang betul. Oleh itu, Hani telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan produk Jamu kepada komuniti setempat disamping beliau sendiri mengamalkan Jamu tersebut dan mendapat hasil yang positif.


Mawar Merah – Kuih Muih dan Manisan

Puan Azmiah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi memenuhi masa lapang, beliau mula mengusahakan perniagaan makanan dan manisan secara kecil – kecilan. Hasil usaha dan kegigihan beliau, Puan Azmiah sudah mula dikenali di sekitar Rembau. Beliau merupakan seorang yang sangat rajin dan komited dengan kerja yang dilakukan. Beliau turut mendapat sumbangan alatan dan mesin membuat kuih daripada pihak luar. Produk makanan yang dihasilkan sememangnya menepati citarasa komuniti sekitar Kota dan Rembau. Antara produk makanan yang dihasilkan ialah Donut pelbagai perisa , Cheesy Ball , Kuih Muih Tradisional dan Kuih Raya. Sekarang Puan Azmiah telah pun mendaftar perniagaannya dengan nama syarikat Mawar Merah Frozen Food (NS0191388-W) .


Mahkota Dewa

Encik Haji Md Isa merupakan seorang imam di kawasan sekitar Kota Pekan. Sifatnya yang ramah dan ceria menyebabkan beliau mudah didekati. Beliau sangat aktif dengan aktiviti di surau dan masjid di kawasan ini. Sejak mula mengikuti kelas di Pusat Ekonomi Digital , beliau mula tertarik untuk cuba berniaga secara online. Produk yang ingin digunakan juga merupakan produk yang diproses sendiri di rumah (Homemade) iaitu Buah Mahkota Dewa. Memandangkan beliau gemar bercucuk tanam , beliau mengambil inisiatif untuk menanam pokok Mahkota Dewa yang sememangnya memberi banyak manfaat untuk kesihatan diri.

Antara manfaatnya ialah boleh membantu mengurangkan penyakit Hipertensi dan Diabetis . Buah mahkota dewa yang telah masak dibersihkan , dipotong dan dikeringkan bagi tujuan penyediaan tradisional sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Pada mulanya , Hj Isa hanya menyediakan buah ini untuk kegunaan sendiri . Tetapi atas semangat untuk berkongsi manfaat dengan penduduk setempat, beliau mengambil inisiatif untuk mempromosikan kebaikan buah mahkota dewa. Beliau turut memproses sendiri buah tersebut untuk dijadikan ubat.

Oleh itu kebersihan sangatlah terjamin dan diutamakan. Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya merupakan salah seorang pengunjung tetap yang datang ke Pusat Ekonomi Digital untuk belajar komputer . Antara modul yang diajar ialah Penggunaan Media Sosial dan Penggunaan Microsoft Office. Selepas mahir mengunakan Facebook sebagai medium komunikasi, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan melalui promosi di Facebook. Beliau memuat naik gambar dan maklumat jualan di Facebook bagi menarik minat pembeli.


Abah Family Corner, (AFC), Rembau

En Norhisham bin Saharuddin merupakan seorang anak jati Rembau yang mengusahakan Kedai Makan berkonsep Food Court di Rembau. Bermula dengan perniagaan Ais Kepal Milo Viral , beliau kemudiannya mengusahakan sebuah Kedai Makan. Kedai Makan ini mempunyai beberapa stall yang menyediakan pelbagai jenis makanan . Kedai makan yang diberi nama Abah Family Corner (AFC), diilhamkan daripada konsep perniagaan yang melibatkan ahli keluarga beliau. Selain itu, beliau turut membuka peluang kepada usahawan lain yang boleh menepati syarat - syarat yang ditetapkan untuk membuka stall di AFC. Abah Family Corner, Rembau merupakan salah satu tempat makan yang viral di Rembau.

Konsep kedai yang sangat menarik dan kepelbagaian makanan menarik pengunjung untuk datang ke Abah Family Corner (AFC). Harga yang ditawarkan juga sangat murah dan berpatutan. Kedai ini berkonsepkan Food Court dan layan diri. Antara makanan yang terdapat di AFC ialah Makanan Panas dan Goreng, Mi Besen, Nasi Ayam Penyet , Sizzling, Burger , Western Food , Lokching , Sata , Otak - otak , Sotong Kangkung, Sate , Tahu Bakar dan pelbagai lain jenis makanan yang sedap dan menarik. Menu wajib dan yang paling terkenal di AFC ialah Ais Kepal Milo dan Nasi Goreng Abah.

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Ekonomi Digital Kota, beliau terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet dan sukar mendapat bimbangan tentang penggunaan komputer. Perniagaan beliau juga hanya mendapat sambutan daripada penduduk di sekitar Rembau. Beliau telah memanfaatkan kewujudan Pusat Ekonomi Digital dengan menggunakan video yang dihasilkan oleh Staff PI untuk dijadikan bahan utama promosi. Video tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat dan komuniti luar.


 

Encik Mohd Zaki (Pusat Ternakan Madu Kelulut Bukit Chengkih)


Encik Mohd Zaki bin Hj Lasim merupakan seorang pengusaha Madu Kelulut di Pusat Ternakan Madu Kelulut Bukit Chengkih . Perniagaan ini telah diusahakan bermula pada tahun 2015 bersama isterinya, Puan Rozinah bt Abu Bakar . Produk utama yang dihasilkan daripada Pusat Ternakan ini ialah Madu Kelulut Original dan Jus Botani. Jus Botani ini merupakan campuran bahan – bahan herba dan tradisional seperti halia, bawang putih dan madu kelulut sendiri. Selain itu terdapat juga produk hiliran seperti Sabun Madu Kelulut, Sabu Kopi, Sabun Gelenggang , Sabun Kulit Kayu Manis , Sabun Bidara, Sabun Susu Kambing Sabun Serai Wangi dan Sabun Propolis. Semua sabun ini dihasilkan sendiri menggunakan bahan – bahan yang asli tanpa kimia. Minyak gosok yang berasaskan propolis dan serai wangi turut dihasilkan dan dijual kepada pelanggan . Selain jualan secara fizikal, pelanggan juga boleh mengikuti Laman Facebook Pusat Ternakan Madu Kelulut Bukit Chengkih untuk membuat pembelian atau menghubungi Encik Mohd Zaki di talian 019-2725944 .


Hazliza Aida binti Che Hamid ( Geboo Moleks )


Cik Hazliza Aida merupakan pengusaha makanan dan manisan di Kota, Rembau . Beliau juga sedang bekerja di sektor awam sambil melanjutkan pengajian di IPTA . Mesra dipanggil Liza , beliau menggunakan masa lapang untuk mengambil tempahan bagi menambah pendapatan sampingan . Antara produk yang dijual ialah brownies , muffin , cheese tart, cup cake , apam polkadot dan pelbagai jenis kek. Selain mengambil tempahan daripada komuniti sekitar Kota dan Rembau, beliau turut membuka “online shop” di platform Shopee dan menyediakan perkhidmatan untuk pos produk – produk beliau. Cik Hazliza juga turut mengambil tempahan bagi membuat “goodies” untuk kenduri atau majlis-majlis lain .


Jonaili binti Othman (Jus Magic Herb)


Puan Jonaili Othman merupakan usahawan PEDi Kota Pekan yang tinggal di Rumah Rakyat Kota. Beliau mengusahakan perniagaan makanan tambahan iaitu Jus Magic Herb. Perniagaan beliau merupakan perniagaan bersama keluarga di mana produk beliau dihasilkan sendiri dari rumah (Homemade) . Produk yang dihasilkan ialah JusMagic Herb. Jus Tersebut merupakan makanan tambahan untuk membantu mengurangkan masalah-masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi. Puan Jonaili telah memasarkan produk beliau seluruh Malaysia melalui stokis dan agen dropship yang telah berdaftar. Selain itu, Jus Magic Herb juga telah dipasarkan ke Brunei. Peniagaan keluarga ini mendapat sambutan bukan sahaja masyarakat setempat malah seluruh Malaysia. Beliau sering ke PEDi Kota Pekan untuk menggunakan perkhidmatan internet termasuklah menggunakan perkhidmatan kurier SKYNET untuk menghantar produk ke stokis mereka . Jus Magic Herb merupakan Produk Kesihatan yang dihasilkan 100% secara homemade. Produk ini menggunakan bahan - bahan semulajadi sebagai bahan utama . Pelbagai manfaat boleh diperoleh melalui produk ini. Ia telah pun dipasarkan secara meluas di seluruh Malaysia dan Brunei melalui stokis - stokis yang berdaftar.


Izham bin Azlan (Cadar Paradise)


Izham bin Azlan merupakan seorang pekerja swasta dari golongan belia yang baru sahaja bermastautin di Kota Pekan sejak PKP pada tahun lalu. Berikutan situasi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, beliau telah mendapat arahan bekerja dari rumah buat sementara waktu. Bagi memanfaatkan peluang dan masa yang ada, Izham telah menjalankan perniagaan secara atas talian secara sambilan dengan menjadi Dropship Aktif bagi menjual pelbagai jenis cadar. Cadar Paradise merupakan lubuk cadar yang menghimpunkan pelbagai jenis cadar berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Perniagaan ini hanya dijalankan secara sambilan melalui platform atas talian bagi menambah pendapatan sampingan beliau dan keluarga. Pada awal perniagaan ini dilaksanakan, beliau hanya memfokuskan kepada kenalan rapat dan komuniti setempat sahaja. Namun begitu, dengan penggunaan media sosial dan internet yang meluas, beliau dapat menarik pelanggan dari pelbagai pelusuk tempat di Malaysia. Sebagai dropship, beliau hanya perlu mengambil pesanan pelanggan dan segala urusan penghantaran akan diuruskan oleh pihak HQ. Izham telah mengambil peluang pada musim PKP untuk menjana pendapatan sampingan atas sebab bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli belah secara atas talian dan mematuhi SOP di samping dapat menghadkan pergerakan.


Puan Nor Azreen binti Johari (Rasso Tanjong Biskut Lutut)


Puan Nor Azreen merupakan pengusaha makanan tradisional dengan nama Rasso Tanjong Homemade. Produk makanan yang diusahakan ialah biskut lutut dimana biskut ini sering menjadi pilihan untuk dihidangkan bersama kopi panas pada waktu petang suatu ketika dahulu. Puan Azreen mengambil inisiatif untuk menjalankan perniagaan ini bagi mengekalkan tradisi dan memperkenalkan biskut lutut kepada generasi baru. Sebelum ini, Puan Azreen hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan proses pembuatan biskut lutut hanya dijalankan di rumah beliau di Gadong. Sambutan dan permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat mendorong beliau untuk membuka premis perniagaan di Bengkel Mara Kendong, Negeri Sembilan. Lokasi kedai ini sangat strategik iaitu terletak berhampiran Tol Simpang Ampat dan jalan besar Kendong. Premis perniagaan beliau terbahagi kepada 2 bahagian dalam satu kedai iaitu bahagian jualan dan promosi serta bahagian pemprosesan makanan. Ini memudahkan beliau untuk memantau kesemua urusan pernigagaan. Puan Azreen turut mempunyai 2 orang pekerja untuk membantu beliau dalam pembuatan biskut lutut. Antara produk biskut lutut yang dihasilkan ialah Biskut Lutut Original, Biskut Lutut Bersira, Biskut Gula dan Biskut Kelapa. Kesemua produk ini turut dijual secara atas talian melalui aplikasi Shopee.


Puan Noraniza Ayop ( Kek Pisang Homemade)


Puan Noraniza merupakan suri rumah sepenuh masa yang tinggal di Taman Sri Kota. Sebelum ini beliau sering datang ke PEDi Kota Pekan atas urusan anak-anaknya. Beliau seorang yang rajin terlibat dalam aktiviti komuniti dan sangat komited sekiranya terdapat tugas dalam komuniti untuk dilaksanakan. Puan Noraniza juga memegang jawatan AJK PIBG di Sekolah Kebangsaan Kota. Mengenai perniagaan Kek Pisang yang dijalankan , ianya bermula kerana Kek Pisang merupakan kegemaran keluarganya sendiri. Mengambil peluang yang ada, beliau mengolah resepi yang ada untuk menghasilkan Kek Pisang pelbagai perisa . Antara jenis kek pisang yang ada ialah Kek Pisang Klasik, Kek Pisang Coklat dan Kek Pisang Cheese Coklat. Harga yang dijual juga sangat murah daripada harga pasaran luar. Beliau turut menerima tempahan muffin kek pisang bersaiz kecil sebagai goodies kenduri kahwin dalam kuantiti yang banyak. Pelbagai saiz kek pisang disediakan mengikut kehendak pelanggan. Rasa dan kualiti kek pisang yang dibakar juga sangat sedap dan menepati citarasa orang tempatan. Sebelum penggunaan ICT, hanya rakan – rakan rapat dan jiran sahaja yang mengetahui tentang produk yang dijual. Beliau juga kurang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk yang dijual. Selepas penggunaan ICT, beliau mula mendapat tempahan daripada sekitar Kota dan Rembau.Tempahan juga semakin meningkat dan dapat membantu menampung perbelanjaan keluarganya. Beliau mula dikenali dan mula mempunyai pelanggan tetap di sekitar Kota dan Rembau


Puan Siti Rohana Foo binti Abdullah (Kedai Kelapa Kak Ana)


Puan Siti Rohana atau mesra disapa Kak Ana merupakan seorang muallaf yang mengusahakan Kedai Makan di Kendong yang diberi nama Kedai Kelapa Kak Ana. Kedai yang berkonsepkan santai ini menyediakan produk berasaskan kelapa sebagai menu istimewanya. Idea ini turut merupakan perbincangan dan bantuan bersama anaknya, Iwan. Lokasi kedai ini sangat strategik iaitu terletak berhampiran Tol Simpang Ampat dan jalan besar Kendong. Kawasan kedai makan ini sangat luas dan terletak di dalam ladang kelapa tanaman sendiri, Pelanggan akan dapat menikmati makanan mereka dengan nyaman di dalam suasana ladang kelapa. Kelapa yang ditanam ialah jenis Kelapa Pandan. Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan di sini ialah Air Kelapa Fresh, Coconut Shake, Nira Nipah dan Nasi Ayam. Selain itu terdapat juga makanan lain seperti Mi Hailam, Set Asam Pedas dan makanan ringan seperti kuih muih dan pisang goreng cheese. Sebelum penggunaan ICT,hanya komuniti setempat sahaja yang menyedari kewujudan kedai mereka. Beliau juga kurang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk yang dijual. Selepas penggunaan ICT, kedai mereka mula dikenali dan sering dikunjungi oleh pelanggan daripada pelbagai negeri. Terdapat juga pelancong asing dari luar negara seperti New York yang singgah makan di kedai mereka . Beliau telah menggunakan ICT untuk mempromosikan kedainya sebelum penglibatan dengan Pusat Internet lagi. Lokasi kedai yang berhampiran pusat pelancongan AFamosa dan Exit Highway Simpang Ampat menjadikan kedai mereka strategik dan menjadi pilihan pelancong dan komuniti tempatan.


Puan Fatimah binti Ramlan (Catering)


Puan Fatimah binti Ramlan merupakan seorang pengusaha makanan dan katering. Beliau juga merupakan seorang pengusaha kantin di salah sebuah sekolah di daerah Rembau. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Kota dan seorang yang sangat aktif dalam komuniti dan berpersatuan. Beliau menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan bagi sebarang majlis atau keraian di sekitar daerah Rembau terutamanya kawasan Kota Pekan. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dan rajin mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan. Sifatnya yang peramah dan mudah didekati menjadikan beliau seorang yang sangat disenangi oleh pelanggannya. Beliau mempunyai kekangan masa untuk kerap hadir ke Pusat Internet bagi mengikuti latihan ICT. Namun, beliau akan sentiasa ada apabila terdapat program-program yang melibatkan komuniti di PEDi. Perniagaan dan perkhidmatan beliau juga sudah dikenali di sekitar Kota dan Rembau.


Puan Roshidah bt Abu Bakar (Kuih Ros dan Tempahan Makanan)


Puan Roshidah merupakan seorang suri rumah yang aktif menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah. Beliau tinggal di Kampung Legong Jaya . Antara produk makanan yang menjadi produk utama beliau ialah Kuih Ros Madu . Beliau menghasilkan sendiri kuih tersebut daripada proses membancuh , memasak sehinggalah pembungkusan . Pastinya aspek kebersihan sangat dititikberatkan ketika penghasilan produk tersebut . Terdapat pelbagai saiz pembungkusan yang dihasilkan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Beliau mula terlibat dengan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan pada tahun 2019 dan mula menggunakan perkhidmatan yang ada di PEDi. Selain menjual produk secara offline , beliau turut menggunakan platform media sosial untuk berniaga . Beliau dibantu oleh anaknya dan Staff PEDi untuk mengenali teknik pemasaran secara online dengan betul . Pada musim perayaan , beliau turut meletakkan produk Kuih Ros Madu di PEDi untuk dijual . Komitmen dan keinginan yang tinggi menjadikan beliau begitu bersemangat untuk memajukan lagi perniagaan beliau yang sedia ada.


Ariq Shakif (Mengambil Upah Pembersihan dan Mesin Rumput )


Ariq mengambil upah kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Kota Pekan . Antaranya seperti mesin rumput dan pembersihan kawasan kediaman. Beliau tinggal berhampiran dengan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan . Beliau rajin berusaha untuk mencari peluang menambah pendapatan . Beliau merupakan seorang anak muda yang mempunyai komitmen dan keinginan untuk berjaya . Beliau rajin menjalankan kerja-kerja kampung dan akan berniaga di Bazaar ketika bulan Ramadhan . Beliau juga rajin datang ke PEDi Kota Pekan untuk mengikuti kelas - kelas yang ada.