Kuiz Negaraku!
09 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2017 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan aktiviti yang diberi nama “Negaraku!” sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Aktiviti ini memerlukan peserta untuk menjawab 20 soalan pengetahuan am tentang Negara Malaysia. Applikasi Kahoot.it digunakan bagi menjalankan kuiz ini. Applikasi ini memberi grafik dan visual yang menarik serta menyeronokkan.
Peserta dapat menambah pengetahuan am di samping bersaing secara sihat antara satu sama lain untuk mengumpul mata tertinggi dalam menjawab kuiz. Aktiviti ini berlansung selama 1 jam bermula dari jam 4.30 – 5.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: