Advokasi (E-Waste)
22 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2017, advokasi bagi E-Sisa telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan yang berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 10 pagi. Kelas kali ini memberi kesedaran kepada para peserta betapa pentingnya pelupusan E-Sisa yang berhemah agar tidak memberi implikasi yang buruk terhadap tahap kesihatan manusia.
Kelas ini memberi kesedaran kepada para peserta agar membuang peralatan elektrik dan elektronik secara mesra alam dengan mengumpul peranti yang telah tamat jangka hayatnya di dalam kotak E-Sisa yang telah disediakan di Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Para peserta juga lebih memahami kepentingan E-Sisa ini dijalankan dan mereka berasa teruja untuk mengumpul peralatan elektrik dan elektronik yang terdapat di rumah mereka. Kelas ini tamat pada jam 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: