Latihan Asas Microsoft Word
16 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2017, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan latihan asas Microsoft Word. Latihan ini diadakan untuk pelajar sekolah menengah di samping membantu mereka menyiapkan kerja kursus dengan menggunakan komputer. Peserta diajar tentang asas penggunaan Microsoft Word terutamanya tentang cara mengubah font dan saiz font.
Selain itu, peserta turut diajar cara mendapatkan maklumat daripada internet untuk digunakan di dalam kerja kursus. Latihan diadakan selama 3 jam bermula dari 2.30 petang. Selain dapat belajar asas tentang Microsoft Word, peserta dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari untuk menyiapkan kerja – kerja kursus yang sedia ada dan akan datang. Latihan tamat pada jam 5.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: