Advokasi (Check Your Label)
23 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2017, kelas Advokasi untuk Check Your Label telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital . Kelas ini dihadiri oleh peserta dari kalangan remaja. Kelas kali ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta agar memastikan peralatan komunikasi yang mereka guna ataupun beli mempunyai label MCMC yang sahih.
Peserta jugak berpeluang untuk mengetahui cara ataupun kaedah yang boleh digunakan bagi memeriksa kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi mereka. Kelas yang berlangsung selama 3 jam ini memberikan pengetahuan kepada para peserta tentang implikasi buruk jika sesuatu peralatan komunikasi itu tidak mempunyai label yang sah. Peserta juga dapat mengetahui dan menggunakan laman web eComM bagi memeriksa kesahihan label MCMC yang terdapat di peralatan komunikasi mereka. Kelas berakhir pada pukul 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: