My Colourful Malaysia
03 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 2 September 2017 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia . My Colourful Malaysia mengumpulkan para pelajar dan kanak – kanak dari kawasan perumahan dan kampung sekitar Dun Kota untuk bersama – sama menghargai dan mengenal erti sebenar kemerdekaan. Para peserta turut bertukar pendapat serta membicangkan tentang sejarah Malaysia serta tokoh – tokoh terdahulu.
Aktiviti ini berlansung selama 4 jam iaitu dari jam 2 hingga 6 petang. Sebagai simbolik rasa cinta pada negara , para peserta melukis bendera di atas kain rentang dan mengecat bendera tersebut. Setiap peserta turut mengecat tapak tangan mereka di atas kain rentang sebagai tanda memberi sokongan terhadap negara kita sendiri . Kain rentang tersebut kemudian digantung di depan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: