Easy as 123 and ABC (Tabika KEMAS)
09 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas yang berlangsung pada 08 Ogos 2017 ini lebih menumpukan pembelajaran secara atas talian ataupun E-Learning. Kelas kali ini menggunakan website pembelajaran seperti ABCYA.com untuk menarik minat mereka dan memahirkan penggunaan tetikus dan papan kekunci.
Kelas bermula dengan senaman dan nyanyian yang menggunakan Youtube sebagai sumber informasi. Selepas itu, sesi pengenalan antara pelajar dan tenaga pengajar serta sendikit informasi mengenai komputer sebelum pembelajaran bermula. Menerusi kelas ini, permainan seperti Keyboard Zoo, Alphabet Match, dan Counting Fish diperkenalkan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendalikan tetikus dan papan kekunci serta sekaligus membantu mereka mengulangkaji pelajaran. Di akhir aktiviti, para peserta diberikan sedikit cenderamata dan kelas berakhir pada pukul 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: