Let’s Explore Power Point – Microsoft Office
03 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 02 Disember 2017 yang lalu, telah diadakan kelas mempelajari Microsoft Office Power Point. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta yang kebanyakkan daripada golongan pelajar sekolah untuk menghasilkan pembentangan kerja sekolah mereka lebih menarik dan kreatif. Kelas ini juga bertujuan untuk membantu para peserta untuk membuat kerja mereka dengan lebih mudah menggunakan Microsoft Office Power Point. Kelas kali ini mempunyai dua sesi iaitu pembelajaran dan sesi kedua ialah pembentangan.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan bermula pada jam 10 pagi. Kelas ini bermula dengan pengenalan Microsoft Office Power Point. Kelas ini mendedahkan peserta dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Power Point seperti text, picture, animation dan audio. Pelajar diberi pilihan untuk memilih topik mereka sendiri dan boleh mempraktikkan diri mereka untuk menggunakan fungsi yang terdapat di dalam Power Point bagi menghasilkan hasil kerja yang lebih kreatif. Kelas tamat pada jam 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: