Induction with Tabika KEMAS Bongek
08 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Februari 2017 yang lepas, Kelas Induksi bersama-sama pelajar dari Tabika KEMAS Bongek telah diadakan pertama kalinya. Induksi ini diadakan lebih tertumpu kepada pembelajaran melalui komputer dan internet. Kelas Induksi ini berjalan selama 3 jam bermula dari jam 10 pagi. Aktiviti awal adalah pengenalan diri pelajar dan tenaga pengajar, serta pengenalan sedikit tentang komputer.
Seterusnya, aktiviti games online diadakan menerusi website ABCYA.com. Menerusi aktiviti ini, kami ingin menarik minat peserta untuk menggunakan komputer serta memahirkan skil mereka dalam pengendalian tetikus dan papan kekunci. Di samping itu juga, peserta diberikan pendedahan untuk melayari Youtube bagi sesi pembelajaran abjad dan penomboran. Aktiviti tamat pada jam 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: