Future Game Developers
20 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2017 yang lepas telah diadakan kelas asas bagi menghasilkan permainan menggunakan komputer bagi pelajar sekolah menengah. Kelas kali ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menghasilkan permainan komputer menggunakan Microsoft Power Point. Selain itu, kelas ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kebaikan dan keburukan permainan komputer dalam kehidupan seharian mereka.
Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, selama 4 jam bermula dari jam 2 petang. Peserta diberi pengenalan mengenai perisian Microsoft Power Point seperti membuat slide show dan video. Selepas itu, mereka didedahkan dengan contoh permainan yang akan mereka hasilkan. Semasa kelas ini berlangsung, para peserta dapat belajar cara untuk menghasilkan button seperti button start, retry dan exit yang selalu ada pada setiap permainan komputer. Selain daripada itu, mereka juga dapat belajar cara untuk menghasilkan link antara satu slide ke slide yang lain. Semua para peserta dapat menghasilkan permainan ini mengikut kretiviti mereka sendiri. Kelas ini tamat pada pukul 6 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: