Program Gunting Rambut Percuma Anjuran Puteri Umno Dun Kota Pekan
27 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 26 Disember 2017, Puteri Umno Dun Kota telah mengadakan Program Gunting Rambut Percuma sempena kemasukan pelajar ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2018. Staff Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia telah membuka booth bagi mempromosikan program eKelas, Maxis, Kemaskini BR1M , Semakan SPR dan juga aktiviti advokasi kepada para pengunjung.
Program ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Kota , YB Dato’ Dr Awaluddin bin Said. Program ini disertai oleh pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah dan juga ibu bapa . Program ini diadakan di kawasan rukun tetangga Kota yang terletak di Taman Kota Indah. Aktiviti ini sangat bermanfaat kepada para pelajar dan dapat membantu ibu bapa menjimatkan kos bagi persediaan persekolahan anak-anak mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: