Introduction to E-Kelas Portal
13 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas kali ini berlangsung pada 12 Ogos 2017 bermula pada jam 10 pagi. Kelas kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai program E-Kelas yang dianjurkan oleh Maxis. Kelas yang berlangsung selama 3 jam ini lebih tertumpu kepada pelajar dari tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.
Kelas dimulakan dengan pengenalan E-Kelas dan setiap fungsi yang terdapat di dalam E-Kelas. Para pelajar juga didedahkan dengan inisiatif Maxis untuk mengadakan kelas tambahan secara digital melalui sidang video secara langsung bersama guru-guru yang mengajar secara atas talian. Selepas pengenalan E-Kelas, para peserta diminta oleh pengajar untuk mendaftarkan diri mereka di dalam E-Kelas agar mendapat manfaat bersama. Kelas tamat pada jam 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: