I Can Do It E-Learning (Tabika KEMAS)
25 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas bersama-sama pelajar dari Tabika KEMAS Kota pada kali ini diadakan lebih tertumpu kepada pembelajaran secara atas talian ataupun E-Learning.
Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, selama 4 jam bermula dari jam 9 pagi. Aktiviti awal adalah joget senam, pengenalan diri pelajar dan tenaga pengajar, serta pengenalan sedikit tentang komputer. Seterusnya, aktiviti mewarna berkomputer diadakan menerusi website ABCYA.com. Menerusi aktiviti ini, kami lebih menerapkan nilai I Can Do It supaya pelajar berusaha untuk mahirkan diri mereka dalam pengendalian komputer. Di samping itu juga, hadiah disertakan sekali sekiranya mereka dapat menghasilkan warna yang lebih kreatif dan cantik. Sebelum berakhir, hadiah telah disampaikan kepada peserta yang menang dan sedikit saguhati turut diberikan kepada kesemua peserta dan pengiring. Aktiviti tamat pada jam 1 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: