Kelas Komputer Siri 2 (Dewasa)
08 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Komputer kali ini diadakan khusus kepada golongan dewasa bagi siri kedua. Kelas ini memberi pembelajaran dan pendedahan kepada peserta tentang cara membuat resume atau curriculum vitae (CV) dengan menggunakan Microsoft Office Word.Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, selama 2 jam bermula dari jam 9 pagi. Peserta juga diberi tips dan idea tentang bagaimana untuk menghadapi temuduga dengan cara yang betul (tanpa amali).
Sejurus tamat topik resume dan temuduga, kelas pada kali ini pula memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghantar resume secara atas talian atau email. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 11 pagi. Selain daripada resume, peserta turut diberi pendedahan tentang bagaimana cara membuat surat iringan (cover letter) bagi memohon sesuatu pekerjaan. Peserta juga diberi peluang untuk mengimbas (scan) resume dan surat iringan mereka, seterusnya simpan ke dalam dropbox akaun mereka sendiri.
Di sebelah petang pula, kelas komputer diadakan kepada peserta dimana mereka boleh melihat pelbagai jenis tutorial yang menarik di youtube.com. Peserta pada kali ini mahu melihat resepi-resepi masakan yang terkini di youtube. Sedikit pengetahuan asas mengenai komputer turut diberikan kepada peserta. Kelas tamat pada jam 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: