Kelas Usahawan (Snap and Design)
23 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Usahawan pada kali ini diadakan secara umum. Kelas ini memberikan tips kepada usahawan tentang cara-cara mengambil gambar produk yang mereka ingin perkenalkan secara lebih cantik dan kemas lagi.
Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, selama 3 jam bermula dari jam 10 pagi. Peserta juga diberi pendekatan tentang bagaimana hendak membuat white box sendiri untuk menghasilkan gambar yang menarik bagi sesuatu produk. Kos yang memakan modal serendah RM10 ini boleh dipraktikkan oleh semua usahawan disamping mendapatkan hasil yang baik. Kemudian, peserta boleh melihat secara langsung tentang bagaimana cara untuk merekacipta atau design produk mereka supaya tampak lebih menarik dan komersial.
Di sebelah petang pula, aktiviti penanaman semula pokok diadakan kepada peserta dimana mereka menanam semula pokok-pokok yang makin membesar hasil daripada tanaman secara hidroponik. Aktiviti ini dapat mengajar peserta tentang penanaman tumbuhan dan cara menjaga tanaman mereka dengan lebih baik. Aktiviti tamat pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: