Kelas Microsoft Office Word (Umum)
22 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Komputer kali ini diadakan secara umum. Kelas ini memberi pembelajaran dan pendedahan kepada peserta dalam pembuatan kad ucapan dengan menggunakan Microsoft Office Word.
Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan, selama 3 jam bermula dari jam 10 pagi. Peserta digalakkan untuk berdaya kreatif dalam mereka kad ucapan mereka sendiri. Internet turut dijadikan sebagai rujukan untuk mereka membuat kad ucapan. Kelas tamat pada jam 1.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: