Klik Dengan Bijak (KDB)
16 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2017 yang lepas telah diadakan kelas Klik Dengan Bijak (KDB). Kelas pada kali ini lebih kepada memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai laman web Sebenarnya.my. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan dan berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 10 pagi. Peserta diberikan pendedahan mengenai laman web Sebenarnya.my.
Peserta mengakui bahawa terdapat pelbagai berita dan kisah yang viral di laman sosial. Mereka juga tidak tahu di mana untuk memastikan sesuatu berita yang diterima itu sahih mahupun palsu. Oleh itu, peserta diberikan pengetahuan mengenai laman web ini dan boleh melihat kesahihan sesuatu berita yang viral di laman sosial di laman web ini. Peserta juga diberikan peringatan agar tidak mudah berkongsi sesuatu berita yang tidak tahu kesahihannya.
Selepas selesai taklimat mengenai laman web Sebenarnya.my, para peserta berkesempatan untuk melihat tontonan video daripada Pusat Ekonomi Digital yang turut serta didalam pertandingan bersempena program Tidak Pasti Jangan Kongsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: