KDB - Negaraku!
09 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2017 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan aktiviti Klik Dengan Bijak - Negaraku sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia . Para peserta didedahkan dengan kepentingan menilai kesahihan sesuatu fakta terutamanya yang berkaitan dengan Malaysia. Peserta turut diterangkan tentang keburukan menyebarkan berita tanpa usul periksa dan dari sumber yang salah.
Klik Dengan Bijak – Negaraku! Berlansung selama 1 jam bermula pada jam 2.30 petang. Peserta mula memahami dan dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Sejarah Negara. Program tamat pada 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: