Modul Asas ICT (Media Sosial)
25 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 dan 24 September 2017 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan satu kursus dengan kerjasama SKMM dan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau. Kursus atau latihan yang diberi nama Modul Asas ICT (Media Sosial) ini melibatkan mereka yang berkhidmat di bawah Pejabat Agama Islam Daerah Rembau. Para peserta terdiri daripada Imam , ahli jawatankuasa masjid, guru takmir dan juga guru kafa . Modul yang diberi kepada para peserta disediakan oleh SKMM sendiri.
Para peserta diberi pendedahan tentang kepentingan media sosial dan cara – cara mengendalikan media sosial dengan betul. Antara pengisian di dalam modul tersebut ialah Gmail, Facebook , Instagram dan Youtube. Kursus ini dijalankan bagi memastikan peserta yang berkhidmat di bawah Pejabat Agama Islam Daerah ini tidak terkecuali dalam pembangunan ICT dan juga menjadikan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi dengan komuniti di dalam organisasi mereka. Para peserta disyorkan untuk mewujudkan laman media sosial untuk organisasi yang mereka wakili supaya mudah untuk mereka menyebarkan maklumat dan informasi kepada komuniti.
Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Selain diberi kursus, peserta turut diberi sedikit maklumat tentang kewujudan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan dan fungsinya. Perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia turut dikongsi bersama para peserta . Kursus ini berlansung selama lebih kurang 16 jam dalam masa 2 hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: