Program Rumah Terbuka bersama Tabika Kemas
19 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniProgram Rumah Terbuka bersama Tabika Kemas telah dijalankan pada 18 Julai 2017 yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 1 tengahari. Majlis yang dijalankan kali ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Tabika Kemas Kota. Di majlis ini, pelbagai juadah dan makanan yang disediakan bagi para pelajar dan tetamu seperti kuih raya, rendang, lemang dan bihun goreng.
Kesemua pelajar Tabika Kemas diminta untuk berpakaian tradisional tidak mengira jenis bangsa. Majlis diserikan dengan persembahan para pelajar serta sambutan salah seorang pelajar Tabika Kemas Kota. Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan bersama Tabika Kemas Kota.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: