Booth Advokasi sempena Program Mesra Rakyat Parlimen Rembau
01 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 31 Januari 2018, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah membuka booth advokasi sempena Program Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Parlimen Rembau. Program tersebut melibatkan komuniti sekitar Rembau dan Kota Pekan. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah Pertandingan Gubahan, Masakan dan Sirih Junjung. Staff Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan turut menghantar penyertaan dalam Pertandingan Gubahan dan mendapat saguhati.
Booth Pusat Interenet 1 Malaysia Kota Pekan menyediakan aktiviti advokasi seperti kuiz dan menyalurkan informasi tentang kesedaran penggunaan internet. Cenderahati turut disediakan bagi para pengunjung booth PI Kota Pekan yang dapat menyelesaikan kuiz dan cabaran yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: