Celik IT bersama Komuniti Sawah Raja (Dewasa) Sesi 1

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2018, Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan Program Celik IT bersama Komuniti Sawah Raja bagi Dewasa . Program ini akan berlansung selama 3 minggu berturut – turut iaitu pada setiap hujung minggu. Pelbagai modul telah disediakan untuk para peserta . Bagi sesi yang pertama, peserta diperkenalkan dengan fungsi Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan.

Kemudian, peserta didedahkan dengan perisian Microsoft Word. Peserta diajar menaip surat rasmi sambil dibantu oleh staff Pusat Ekonomi Digital Aktiviti ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali