Celik IT bersama Komuniti Sawah Raja (Dewasa) Sesi 3

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2018 , Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah meneruskan Program Celik IT bersama Komuniti Sawah Raja (Dewasa). Sesi kali ini mendedahkan peserta kepada laman web “online banking”. Sebelum mendaftar untuk akaun “online banking”, peserta didedahkan dengan ciri – ciri keselamatan yang perlu diketahui dan penting untuk mengelakkan penipuan internet.

Kemudian, setiap peserta mendaftar akaun online banking mengikut akaun bank masing – masing . Peserta turut didedahkan dengan cara untuk menggunakan akaun bank mereka secara online . Transaksi keluar masuk duit adalah perkara yang paling ditekankan pada sesi kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali