Celik IT bersama Komuniti Sawah Raja (Kanak-Kanak) Sesi 1

29 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Oktober 2018, Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan Program Celik IT bersama Komuniti Sawah Raja bagi kanak – kanak . Program ini akan berlansung selama 3 minggu berturut – turut iaitu pada setiap hujung minggu. Pelbagai modul telah disediakan untuk para peserta . Bagi sesi yang pertama, peserta diperkenalkan dengan fungsi Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Kemudian, peserta telah mendaftar akaun gmail masing – masing.

Selepas itu, peserta didedahkan dengan penggunaan Google Doc. Peserta perlu menaip menggunakan Google Doc mengikut tajuk yang diberi. Aktiviti ini adalah untuk memupuk kemahiran menaip kepada para peserta. Kemudian, peserta telah mendaftar dan menduduki “pre-test” bagi program CATs daripada UNIMAS. Aktiviti ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali