eCikgu Live

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober yang lalu, kelas eCikgu Live dijalankan selama 4 jam. eCikgu merupakan fungsi yang terdapat di dalam eKelas portal. eCikgu ini membantu para pelajar untuk berinteraksi secara langsung bersama cikgu eKelas yang berpengalaman. Pelajar dapat bertanyakan soalan terus kepada guru yang terlibat didalam sesi tersebut.

Selain itu, pelajar juga dapat berinteraksi bersama pelajar eKelas yang lain menggunakan chat yang terdapat di dalam eCikgu. eCikgu Live berlangsung pada kelas kali ini ialah bagi matapelajaran Sains daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Sepanjang kelas berlangsung, pelajar boleh bertanyakan soalan kepada cikgu dan menjawab soalan yang diberikan oleh cikgu. Markah akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab. Kelas ini berjaya menarik minat pelajar untuk belajar menggunakan eKelas Portal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali