eLearning : Cuaca

18 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas eLearning telah dijalankan pada 17 Oktober yang lalu yang dihadiri oleh pelajar Tabika Kemas Kota Pekan seramai 15 orang pelajar. Kelas kali ini bertujuan untuk memperkenalkan cuaca yang terdapat di Malaysia kepada para peserta. Kelas dimulakan dengan pengenalan mengenai cuaca dan tontonan Youtube.

Kelas eLearning ini bertujuan untuk memberikan pembelajaran secara interaktif kepada para peserta melalui tajuk yang telah dibelajar di Tadika. Selain itu, para peserta juga belajar mengenai cuaca secara interaktif dengan nyanyian lagu yang terdapat di dalam Youtube. Para pelajar juga melakukan aktiviti mewarna berdasarkan tajuk pada kelas hari ini. Kelas berakhir pada jam 12 tengahari dan berlangsung selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali