Karnival Eksplorasi Halal Daerah Jempol 2018
20 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac yang lalu, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah turut bersama-sama menyertai Karnival Eksplorasi Halal Daerah Jempol. Pusat Interenet 1 Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka kendalian Maxis telah bersama-sama membuka booth advokasi pada Karnival tersebut. Karnival ini ialah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Jempol dan diadakan di Masjid Tunku Mukhriz di Bandar Sri Jempol.
Pengisian di Booth Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia ialah penerangan tentang Kempen Klik Dengan Bijak , pendedahan terhadap Portal Sebenarnya.My , Pengenalan tentang PI dan fungsinya dan juga Kuiz Advokasi. Karnival ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Antara aktiviti lain yang ada ialah Forum berkaitan isu halal oleh panel – panel jemputan termasuklah Imam Muda Ashraf.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: