Hari Kerjaya Kem PLKN De Bana, Jempol

16 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2018, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan dan PI Negeri Sembilan di bawah SP Maxis telah dijemput bagi membuka booth pameran pada Hari Kerjaya Kem PLKN De Bana, Jempol. Hari Kerjaya ini turut disertai oleh pameran daripada agensi – agensi Kerajaan dan swasta bagi memberi input kepada pelatih – pelatih PLKN. Program ini adalah bagi membuka peluang kerjaya dan pendidikan kepada para pelatih PLKN selepas mereka tamat latihan.

Pengisian yang diadakan di Booth PI adalah penerangan tentang Kempen Klik Dengan Bijak, Portal Sebenarnya. My dan Kuiz berkaitan maklumat yang disampaikan. Selain itu, staff PI turut memperkenalkan PI kepada para pelatih beserta dengan peranan dan perkhidmatan yang disediakan di PI. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berkahir pada 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali