Basic ICT Knowledge

12 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2018 , PI Kota Pekan telah mengadakan kerjasama bersama pelajar daripada Taman Legong Jaya untuk mengadakan latihan ICT. Kesemua peserta adalah berbangsa india dan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pada sesi kali ini peserta didedahkan dengan latar belakang Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan.

Kemudian peserta diberikan pengenalan kepada komponen asas komputer. Sesi quiz menggunakan Kahoot diadakan bagi menguji kefahaman para peserta . Akhir sekali, semua peserta diajar mencipta akaun email masing – masing dan cara menggunakan email .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali