Pengenalan Komponen Komputer Dan Pembentangan
14 Januari 2018 | Aktiviti Terkini13 Januari 2018 , Jam 2.00 hingga 4.00 petang . Satu aktiviti bersama para pelajar dan pengunjung Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah dijalankan. Aktiviti yang diadakan adalah berkenaan Basic ICT dimana para peserta diberi pengenalan tentang komponen asas komputer. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Peserta diberi pengenalan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Antaranya ialah tetikus, papan kekunci, monitor, printer dan cpu. Selepas itu, peserta dikehendaki menerangkan kepada rakan-rakan mereka apa yang mereka pelajari dan faham daripada aktiviti tersebut. Peserta turut berkongsi pendapat dan bertukar idea tentang topik tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: