Jom Kitar Semula

12 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2018, PI Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai kempen Kitar Semula. Kelas yang berkonsepkan eLearning ini dapat menambah pengetahuan kanak – kanak mengenai barang yang boleh dikitar semula dan tidak boleh. Tayangan video dan sesi soal jawab turut diadakan dalam kelas ini bagi menarik minat kanak – kanak dan menguji kefahaman mereka. Kelas ini adalah kesinambungan daripada tema mingguan pembelajaran Tabika Kemas. Melalui kelas ini, kanak – kanak akan lebih faham dan ingat tentang topik yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali