Advokasi : Klik Dengan Bijak

14 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober yang lalu, kelas Advokasi mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Kelas ini dihadiri oleh para usahawan yang tinggal di sekitar Rembau. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan portal Sebenarnya.my yang membantu memberi kesedaran kepada peserta mengenai pengkongsian sesuatu berita yang sahih atau palsu. Di dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan oleh tenaga pengajar mengenai portal Sebenarnya.my dan cara untuk mengenalpasti kesahihan berita yang diterima melalui media sosial.

Kelas yang berlangsung selama 1 jam ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai betapa kuatnya kata laluan yang digunakan untuk semua internet perbankan seperti Maybank2u untuk digodam oleh “Hacker”. Para peserta diberi tips oleh tenaga pengajar bagaimana untuk mendapatkan kata laluan yang kuat untuk semua laman sosial dan internet perbankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali