Perasmian Karnival Belia Negaraku, Rembau
12 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2018, telah berlansung Perasmian Karnival Belia Negaraku, Rembau yang dirasmikan oleh YB Brig Jen Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Karnival ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik terutamanya pertandingan – pertandingan sukan seperti Futsal, Bola Jaring , Bola Tampar, Sepakan Penalti dan juga e-sukan iaitu Mobile Legend. Karnival ini dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Rembau dan diadakan secara besar-besaran melibatkan seluruh penduduk Rembau dan kawasan sekitar.
YB Brig Jen Khairy Jamaludin turut melepaskan konvoi motor dan kereta daripada Dataran Rembau untuk pergi ke Rumah Kebajikan bagi menyampaikan sumbangan. Selain itu, terdapat juga booth jualan dan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan , Pasoh 2 dan Batang Melaka telah mengambil peluang ini untuk membuka booth advokasi bagi memberi pendedahan kepada pengunjung tentang penggunaan internet dengan bijak.
Antara aktiviti yang dijalankan di Booth Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia ialah Word Search , Kuiz Online dan penerangan tentang laman web Sebenarnya.My. Pengunjung turut diperkenalkan dengan fungsi dan peranan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia di dalam komuniti serta perkhidmatan yang ditawarkan. Booth PI mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada Karnival ini. Program ini berjalan daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: