Karnival Kemas 4U Parlimen Rembau
01 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 31 March yang lalu , Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 3 dan Batang Melaka telah dijemput bagi membuka booth advokasi di Karnival KEMAS4U Parlimen Rembau di Padang Awam Rumah Rakyat Lubok Cina . Karnival ini dirasmikan oleh Dato' Dr Haji Awaluddin bin Said yang merupakan ADUN Kawasan Kota.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pertandingan untuk kanak-kanak dan dewasa, booth pameran , jualan usahawan , Demonstrasi Masakan oleh Chef Ismail dan juga cabutan bertuah. Aktiviti ini merupakan satu platform untuk Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia mempromosikan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh MCMC seperti Sebenarnya.My dan Klik Dengan Bijak kepada komuniti. Para pengunjung akan mendapat input berguna tentang kesedaran penggunaan internet dengan bijak di Booth PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: