Media Sosial Facebook

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2018 , PI Kota Pekan telah mengadakan kerjasama bersama pelajar daripada Taman Legong Jaya untuk mengadakan latihan ICT. Kesemua peserta adalah berbangsa india dan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pada sesi kali ini peserta didedahkan dengan penggunaan Media Sosial iaitu Facebook.

Sebelum membuat akaun Facebook, peserta diberi penerangan tentang penggunaan media sosial dengan betul dan selamat. Ini adalah untuk mengelakkan peserta menjadi mangsa buli di media sosial dan terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif. Setiap peserta telah mempunyai akaun Facebook masing – masing di penghujung kelas ini dan mereka turut diberi tunjuk ajar tentang tools yang ada di Facebook dan cara menggunakan Facebook.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali