Pertandingan Mewarna dan Melukis eKelas 2018

12 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Septembet 2018, telah berlansung sesi terakhir Pertandingan Mewarna dan Melukis eKelas 2018 . Pertandingan ini adalah inisiatif daripada Maxis bagi pelajar – pelajar yang telah berdaftar di dalam Portal eKelas . Terdapat 2 kategori iaitu Mewarna dan Melukis. Tema bagi pertandingan ini ialah Haiwan Terancam.

Peserta perlu melukis atau mewarna gambar haiwan terancam yang menjadi pilihan mereka. Aktiviti ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar supaya dapat mengekalkan biodiversiti dan secara lansung dapat menjaga habitat alam semulajadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali