Hari Terbuka PI Batang Melaka

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka PI Batang Melaka telah dijalankan pada hari Ahad, 19 Ogos 2018. Program Hari Terbuka ini dianjurkan oleh PI Batang Melaka dan PI Kota Pekan turut membantu melancarkan program tersebut. Program ini dilaksanakan dari jam 8.00 Pagi sehingga 1.00 tengahari. Program ini melibatkan komuniti PI Batang Melaka dan disertai dari pelbagai jenis usia.

Program ini telah dilaksanakan di PI Batang Melaka dan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti aktiviti Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak, Musang Berjanggut, Pakaian Patriotik dan Usahawan Cilik. Program ini diakhiri dengan cabutan nombor bertuah dan di program ini komuniti boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali