Hari Bersama Komuniti PI Sg Lui

30 September 2018 | Aktiviti Terkini

29 September 2018, Staff Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah bersama-sama membantu melaksanakan Hari Bersama Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Sg Lui. Program ini ialah program tahunan yang bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital dan mengeratkan ukhwah di antara komuniti setempat dan Pusat Ekonomi Digital .

Antara aktiviti yang diadakan ialah Taklimat Klik Dengan Bijak , Pertandingan Mewarna , Gubahan Rendang Sayuran , Pertandingan Baju Merdeka dan Pertandingan Basikal Berhias Merdeka. Selain itu , pendaftaran sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital secara percuma juga turut diadakan . Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat termasuklah komuniti orang asli yang tinggal berhampiran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali