Program Khidmat Masyarakat bersama SMK DUHA

28 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2018, pelajar asrama SMK Dato’ Undang Hj Adnan telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan dan kawasan sekitar. Aktiviti ini berjalan selama 2 jam iaitu bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Para pelajar bergotong – royong membersihkan kawasan sekitar Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan dan memastikan bahawa tiada sebarang bekas betakung yang boleh mengundang kepada tempat pembiakan nyamuk aedes.

Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan kawasan sekitar PI dan komuniti setempat bebas daripada wabak denggi dan nyamuk aedes. Selain itu, aktiviti ini dapat merapatkan jurang antara para pelajar dan komuniti PI termasuk staff yang bertugas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali