Sayangi Malaysiaku

29 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Ogos 2018 yang lalu telah dijalankan Program Sayangi Malaysiaku yang melibatkan Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan bersama Perpustakaan Desa Kendong, Tabika Kemas Kota, Tabika Kemas Kendong dan Pelajar Pendidikan Khas. Program dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik.

Selesai nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna bagi pelajar tabika kemas dan pendidikan khas dijalankan. Seramai 28 orang peserta yang terlibat dalam program ini. Selepas tamat sesi mewarna, peserta disajikan dengan makanan ringan dan sesi penyampaian hadiah dilakukan. Program berlangsung dari pukul 9 pagi sehinggan 1 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali