Sebenarnya.My
02 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Febuari 2018 , Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan telah mengadakan kelas Sebenarnya.My kepada para pelajar . Kelas ini bertujuan memperkenalkan laman web Sebenarnya.My dan mendidik para peserta untuk menilai berita yang sahih dan palsu. Peserta diberi penerangan tentang akibat menyebarkan berita palsu serta faedah sekiranya berita yang disampaikan adalah sahih.
Untuk menilai tahap kefahaman peserta, mereka dikehendaki menjawab kuiz menggunakan applikasi Quizziz yang berkaitan dengan penggunaan internet secara berhemah. Aktiviti ini bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: