Introduction to Computer Parts
15 Februari 2019 | Aktiviti Terkini14 Februari 2019, PI Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan untuk mengadakan Kelas Pengenalan Komputer kepada kanak – kanak Tabika Kemas Kota Pekan. Kelas ini merupakan sesi pengenalan kepada komponen komputer dan fungsinya . Sesi pendekatan secara interaktif menggunakan tayangan video dan gambar menjadikan sesi ini lebih menarik dan menyeronokkan.
Di akhir kelas ini, para peserta dapat mengenali komponen asas komputer dan menyebutnya kembali apabila ditanya . Kerjasama ini akan diteruskan dengan pengisian yang berbeza pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: