Interactive Learning with Tabika Kemas Kota Pekan (Alam Sekitar)
15 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2019, Pusat Ekonomi Digital telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan untuk menjalankan aktiviti Interactive Learning untuk kanak-kanak. Aktiviti kali ini bertemakan Alam Sekitar. Kanak – kanak Tabika didedahkan dengan punca pencemaran alam sekitar dan cara-cara untuk mengatasinya. Bahan pengajaran yang digunakan ialah Powerpoint dan Video di Youtube. Pembelajaran ini diadakan secara interaktif dan melibatkan komunikasi 2 hala antara kanak-kanak dan staff Pusat Ekonomi Digital .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: