Canva Class

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

1 Disember 2019, telah diadakan kelas Canva di Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Peserta daripada kelas ini merupakan para pelajar sekolah rendah. Pada sesi pertama, staff PI telah menerangkan tentang fungsi aplikasi Canva. Kemudian, peserta diajar cara untuk menggunakan Canva bagi menghasilkan poster yang menarik.

Seterusnya mereka perlu menghasilkan poster yang bertemakan biodata rakan mereka. Mereka perlu menghasilkan poster tersebut untuk rakan mereka . Di penghujung kelas, mereka akan bertukar hasil kerja mengikut rakan yang mereka pilih. Melalui kelas ini, ia dapat meningkatkan kreativiti peserta di samping mereka dapat mempelajari menggunakan aplikasi Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali