Live Tutorial eKelas Matematik dan Sains Tahun 6
21 April 2019 | Aktiviti Terkini20 April 2019 , Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah mengikuti Live Tutorial eKelas bagi subjek Sains dan Matematik. Bagi subjek Sains, peserta mempelajari tentang planet dan alam semesta. Pelajar mempelajari tentang ciri-ciri yang ada di setiap planet di dalam galaksi dan susunannya. Pelajar turut berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan Pusat Ekonomi Digital lain secara live.
Di akhir sesi, pelajar diberi tugasan untuk membuat satu senarai yang mempunyai semua nama planet serta ciri-cirinya. Tugasan tersebut perlu dimuatnaik di dalam Portal eKelas untuk dinilai oleh guru. Bagi subjek Matematik, pelajar mengulangkaji pelajaran dan bersama-sama menjawab soalan yang diberikan oleh guru, Di akhir sesi, pelajar perlu membuat pecahan berkenaan jumlah pelajar yang ada di dalam sesi Live Tutorial Pusat Ekonomi Digital masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: