Live Tutorial eKelas Tingkatan 1 (Sains dan Matematik)

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2019 telah diadakan Live Tutorial eKelas Tingkatan bagi subjek Sains dan Matematik. Untuk subjek Matematik, pelajar mempelajari topik Faktor, Faktor Perdana dan Faktor Sepunya Terbesar. Manakala bagi subjek Sains, peserta mempelajari tentang struktur, fungsi dan organisasi sel. Pembelajaran diadakan secara teori dan aktiviti praktikal. Sesi pembelajaran selama 1 jam 20 minit ini memberi banyak input kepada para pelajar . Sesi pembelajaran juga menjadi lebih menyeronokkan kerana ianya diadakan secara interaktif dan sangat menarik !

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali